KUALA LUMPUR 14 Dis. – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan dos penggalak vaksin Covid-19 disarankan bagi golongan berisiko tinggi ‘high risk’, termasuk warga emas dan golongan yang mempunyai ko-morbiditi. “Saranan ini hanya untuk kumpulan yang saya sebutkan di atas dan bukan merangkumi masyarakat umum keseluruhannya,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Beliau mengulas laporan awal media hari ini, yang menyebut Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan kes baharu sejak akhir-akhir ini. Terdapat salah tafsir yang memberi gambaran…
Read MoreDay: December 14, 2023
Agus beri keterangan di IPD Kajang
KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohammad Agus Yusoff hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini bagi memberi keterangan. Agus bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada media yang menunggu sejak pukul 11 pagi dan dilihat keluar menaiki Toyota Estima berwarna putih pada pukul 1.17 petang selepas lebih dua jam masuk ke IPD tersebut. Beliau hanya melambai tangan sambil melemparkan senyuman, manakala peguamnya, Zaflee Pakwanteh yang memandu kenderaan tersebut kemudiannya memberitahu tiada kenyataan akan dibuat. Kehadiran beliau di IPD Kajang hari ini dikatakan bagi…
Read MoreVaksinasi: Mahkamah tolak permohonan guru
SHAH ALAM 14 Dis. – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan 19 kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Malaya (UM) serta lima guru untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar program vaksinasi Covid-19 kerajaan. Hakim Mahkamah Tinggi, Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu selepas tidak bersetuju dengan hujahan pemohon bahawa vaksinasi wajib melanggar hak mereka sekali gus bertentangan Perlembagaan Persekutuan. Menurut hakim itu dalam keputusannya, tindakan kerajaan mewajibkan kakitangan awam sebagai anggota barisan hadapan untuk divaksin dan mereka terikat dengan peraturan ditetapkan kerajaan, adalah bukan sesuatu yang tidak sah…
Read MoreKKM akan keluar arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga
PUTRAJAYA 14 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan kes baharu yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini. Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan itu akan melibatkan golongan rentan iaitu pesakit kronik dan warga emas yang lebih berisiko untuk dijangkiti. Bercakap selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Warga KKM di sini hari ini, beliau berkata, KKM amat menggalakkan penduduk di negara ini agar segera mengambil imunisasi penggalak kerana kadar jangkitan ketika ini dianggap masih rendah. Ditanya mengenai bekalan vaksin dos penggalak,…
Read MoreBerita pilihan…
Ketum Malaysia tak laku, harga jatuh di Thailand
PADANG BESAR 14 Dia. – Harga ketum yang dihasilkan di Malaysia merosot dan tidak laku di Thailand setelah kerajaan negara itu membenarkan penanaman daun ketum untuk tujuan perubatan. Jika sebelum ini harga daun ketum Malaysia mencecah RM180 bagi satu kilogram (kg), kini merosot sehingga RM30 di negara itu manakala di Perlis, harganya sekitar RM10 bagi sekilogram. Menurut Ketua Polis Perlis, Muhammad Abdul Halim, langkah kerajaan Thailand itu dilihat ada kesan positif dalam mengawal kegiatan penyeludupan daun ketum dari negara ini ke Thailand. Bagaimanapun pada masa sama, kegiatan penyeludupan ketum tempatan…
Read MoreOperasi komuter, ETS KL Sentral ke Utara pulih
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kesemua perkhidmatan tren Komuter Lembah Klang bagi laluan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim dan tren elektrik (ETS) yang terjejas akibat sebuah kren binaan patah antara Rawang dan Kuang, dua hari lepas telah kembali pulih. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya memaklumkan, tren komuter pertama bernombor 2301 memulakan operasi pukul 5.05 pagi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral. “KTMB memohon maaf sekali lagi di atas kejadian yang berlaku. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama para penumpang yang terkesan dan menghargai perhatian serta pemahaman anda. Untuk…
Read More