KUALA LUMPUR 10 Sept. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak rakyat menumpukan soal memajukan negara terutamanya menggunakan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan anak muda diberi kemahiran berkaitan teknologi baharu. Justeru beliau yang menggariskan naratif baharu itu menyatakan rasa gusarnya terhadap tindakan sesetengah pihak yang sengaja memainkan isu perkauman dan agama sehingga mencetuskan perbalahan di negara ini. Katanya, anak-anak muda tidak seharusnya diheret untuk membincangkan mengenai hal lapuk, jumud dan merosakkan kerana ia akan menimbulkan kebencian satu sama lain. “Kadang-kadang saya agak resah dan (menentang) keras terhadap permainan…
Read MoreDay: December 10, 2023
Kerajaan Perpaduan ‘berbumbung konkrit”
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kerajaan Perpaduan sudah mempunyai kekuatan dan berupaya membina ‘bumbung yang konkrit’ daripada sebarang cubaan ‘tebuk atap’ selepas setahun pentadbiran, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Kerajaan Perpaduan sudah berhasil tanpa pertelagahan akibat perbezaan parti dalam kerajaan Persekutuan walaupun pentadbiran diketuainya dibentuk dengan gabungan 18 parti politik. “Sekarang bumbung kita bumbung konkrit, tebuk atap itu mentaliti. Sekarang ini, baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hubungan kerjasama sangat baik. “Dalam Jemaah Menteri, perbezaan pendapat masing-masing itu ada,…
Read MorePresiden: Tidak akan berlaku perpecahan dalaman Amanah
IPOH 10 Dis. – Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof, berkata tidak akan berlaku kem atau perpecahan dalaman jika jawatan presiden parti bertukar selepas Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2023-2026 pada 22 Disember ini. Katanya, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan utama yang akan dipilih oleh perwakilan. “Jadi tak ada yang peliklah kalau dia nak melantik (presiden) dari kalangan 27 orang itu, mengikut merit,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2023 di sebuah hotel di sini hari ini. Muhjahid yang juga Pengerusi Pakatan…
Read MoreTarik pengundi Melayu sokong kerajaan
SUNGAI BULOH 10 Dia. – Parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan perlu mencari jalan untuk menarik sokongan pengundi Melayu sebagai persiapan mendepani pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Beliau berkata, kejayaan Perikatan Nasional (PN) menembusi Selangor dengan memenangi bilangan signifikan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) beberapa bulan lalu tidak boleh dipandang ringan. Katanya, keputusan PRN beberapa bulan lalu adalah bukti ‘gelombang hijau’ selaku fenomena politik yang dikaitkan dengan sokongan pembangkang, perlahan-lahan menyusup ke beberapa negeri. “Saya terkejut ketika PN menang 22…
Read MoreBerita pilihan…
Terima menghadap Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap delegasi Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan di sini semalam. Menurut hantaran di Facebook baginda, sesi menghadap berlangsung hampir dua jam dengan delegasi jawatankuasa berkenaan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Alik Jeman. Hadir sama, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad; Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini. Sultan Ibrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bagi tempoh lima tahun, bermula 31 Januari tahun…
Read MoreCovid-19 dijangka meningkat semasa Krismas
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Peningkatan kes jangkitan Covid-19 sudah dapat dilihat sejak kebelakangan ini, dan dijangka meningkat berikutan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata, kemungkinan peningkatan itu susulan kunjung-mengunjung ke rumah keluarga dan saudara mara. “Jadi, kita menasihatkan supaya rakyat mengambil langkah seperti sebelum ini. Sekiranya ada gejala jumpa doktor untuk saringan. Sekiranya positif, lakukan pengasingan kendiri dalam tempoh lima hari. “Selain itu jika ke tempat sesak, walaupun kini tidak diwajibkan, namun kita galakkan untuk memakai pelitup muka selain menjaga kebersihan…
Read More