Budak autisme dilapor hilang meninggal dunia

PETALING JAYA 7 Dis. – Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari kelmarin di Damansara Damai, ditemui tidak bernyawa di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi.

Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa.

Zayn Rayyan, kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari.

Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata selepas kehilangan anaknya dia cuba mencari di kawasan sekitar tetapi gagal sebelum memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn.

“Pada petang semalam, ada beberapa budak yang baru balik dari sekolah beritahu melihat anak saya masuk ke kawasan belukar berhampiran.

“Tapi apabila pasukan bomba dan unit anjing pengesan (K9) polis cuba carinya di kawasan itu, mereka maklumkan tiada kesan tapak kaki atau sebarang petunjuk anak saya berada di situ,” katanya.

Related posts

Leave a Comment