Tidak adil nilai Kabinet dalam setahun

PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim berkata rombakan Kabinet perlu sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut, ia dilaksanakan.

Beliau berkata, selepas setahun sedikit penyesuaian Kabinet boleh dilakukan, termasuk menambahnya tetapi rundingan perlu diadakan supaya penyertaan harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing.

“Saya kira tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh seorang anak kecil yang memberi nasihat di depan masjid, Akmal, tak salah saya, dia kata sebelum akhir tahun. Jadi, saya setuju,” kata

Bagaimanapun beliau berkata, tidak adil untuk Jemaah Menteri dinilai hanya dalam waktu setahun kerana tempoh itu dilihat terlalu awal.

“Tetapi saya tidak fikir setelah setahun kita membuat penilaian yang adil. Orang perintah 10 tahun, tiga tahun, namun setahun terlalu awal. Jadi, menteri perlu diberi peluang meningkatkan prestasi termasuk perdana menteri.

Dan kalau ada sedikit penyesuaian berdasarkan pengalaman setahun, kita akan lakukan termasuk menambah,” katanya pada Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri.

Anwar pada masa yang sama berkata, Jemaah Menteri dinasihat tidak berasa selesa dengan prestasi dicapai Kerajaan Perpaduan selepas setahun menerajui pentadbiran negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, Kabinet perlu mengutamakan keselesaan yang akan dinikmati rakyat, sekali gus menjadi ukuran sebenar pencapaian Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Jemaah Menteri perlu berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada semua lapisan masyarakat di negara ini, sebaliknya tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan ekonomi semata-mata.

“Kadang-kadang apabila jadi pemimpin, semuanya (rasa) terbaik. Sistem pendidikan semuanya nombor satu, kesihatan…terbaik. Kita dengar dulu, tetapi sebenarnya bila lihat kenyataan, tandas pun tak dapat dibaiki. Sekolah pun banyak yang robek.

“Jangan kita termakan dengan penyakit keselesaan. Kalau tanya saya, kita buat sedaya upaya tetapi jangan (rasa) ini sudah terlalu baik. Ada lagi keupayaan kita untuk membersihkan dan meningkatkan mutu dan etika kerja kerana akhirnya bukan angka pertumbuhan yang disebutkan.

“Kadar inflasi rendah. Tidak siapa boleh pertikai walaupun kita disanggah sebagai gagal, tetapi ternyata kadar inflasi, pertumbuhan dan pengangguran adalah lebih baik,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment