Tidak adil nilai Kabinet dalam setahun

PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim berkata rombakan Kabinet perlu sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut, ia dilaksanakan. Beliau berkata, selepas setahun sedikit penyesuaian Kabinet boleh dilakukan, termasuk menambahnya tetapi rundingan perlu diadakan supaya penyertaan harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing. “Saya kira tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh seorang anak kecil yang memberi nasihat di depan masjid, Akmal, tak salah saya, dia kata sebelum akhir tahun. Jadi, saya setuju,” kata Bagaimanapun beliau berkata, tidak adil untuk Jemaah Menteri dinilai hanya dalam waktu…

Read More

Tiada tolak ansur soal rasuah

PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dengan akan tetap terus memperjuangkan aspek tatakelola yang baik. Beliau menegaskan tidak akan berhenti mengulangi kepentingan tatakelola yang baik dan mengelakkan rasuah dalam kalangan pimpinan kerajaan. Katanya, selepas mengambil alih pentadbiran pada 24 November tahun lalu, beliau sering mengulangi ketegasannya itu. Dalam setahun, katanya, pentadbiran Kerajaan Perpaduan mencatat rekod tersendiri apabila tiada pemimpin yang dikesan mengaut kekayaan secara haram. “Saya mengambil alih kuasa dengan satu mandat dan saya tidak akan bertolak ansur (terhadap rasuah) saya…

Read More

DAP sepatutnya nasihatkan UMNO, bukan Pas

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya menasihatkan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan iaitu UMNO menukar presiden parti itu terlebih dahulu berbanding ‘menyibuk’ urusan kepemimpinan Pas. Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan berkata cadangan supaya kepemimpinan Pas ditukar susulan kemenangan  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Kemaman jauh tersasar dan tidak ada merit. Justeru, tiada sebab untuk menukar kepemimpinan parti sebagaimana dicadangkan Kit Siang semalam berikutan pencapaian Pas di bawah kepemimpinan Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu adalah yang terbaik berbanding tokoh lain sebelumnya.…

Read More

UiTM di kedudukan 151 Asia, 599 dunia

SHAH ALAM 5 Dis. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatatkan kedudukan ke 151 di Asia dalam QS World University Rankings: Sustainability 2024. Kejayaan itu dicapai melalui penarafan peringkat dunia ini menunjukkan peningkatan sebanyak 11.6 peratus berbanding tahun lalu. Sebanyak 1,403 institusi di seluruh dunia disenaraikan, berbanding 700 institusi pada tahun sebelumnya, dengan 26 dari Malaysia dan 478 secara kolektif dari Asia. Menurut satu kenyataan, secara keseluruhan, UiTM berada di kedudukan 599 daripada 1,403 institusi dan ke-13 daripada 26 institusi di Malaysia pada tahun ini. “Pengukuran indikator bagi tahun 2024 mengalami…

Read More

UTM siapkan telaga air akuifer batuan

JOHOR BAHRU 6 Dis. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, muncul sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di negara ini membangunkan telaga air akuifer batuan sendiri sebagai sumber alternatif bekalan air bersih. Naib Canselor UTM, Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata punca air jernih dan bersih berkenaan ditemui di hutan rekreasi universiti itu sejak 2021. Katanya, penemuan penyelidik UTM itu bakal memberi manfaat kepada warga universiti bukan saja sebagai sumber alternatif bekalan air bersih dalam kampus, malah dapat membantu menjimatkan perbelanjaan kos operasi universiti. Projek ini dicetuskan oleh pengurusan…

Read More