Erdogan gesa tekanan ke atas AS

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa tekanan ke atas Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel di Gaza, namun tidak akan ada perjanjian melainkan Washington menerima enklaf itu sebagai tanah Palestin. “AS harus meningkatkan tekanannya terhadap Israel. Barat juga harus meningkatkan tekanan ke atas Israel… Penting kita mengadakan gencatan senjata,” katanya kepada wartawan Turkiye dalam penerbangan pulangnya dari Riyadh. Erdogan kembali dari sidang kemuncak tergempar pemimpin Arab dan Islam di ibu kota Arab Saudi, Riyadh yang berlangsung kelmarin, mengutuk ‘tindakan biadab’ tentera Israel di Gaza tanpa meluluskan langkah hukuman…

Read More

Gaza: Jokowi kemuka empat cadangan

RIYADH : Presiden Indonesia Joko Widodo pada Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai pencerobohan Israel di Palestin semalam mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza. Cadangan itu adalah gencatan senjata segera, percepatkan bantuan kemanusiaan, mempertanggungjawabkan Israel ke atas kekejaman yang dilakukan dan menyokong penyelesaian dua negara dengan menyambung semula rundingan damai. Jokowi menekankan mengenai kepentingan gencatan senjata kerana tanpa gencatan senjata, keadaan tidak akan reda. “Israel menggunakan naratif ‘mempertahankan diri’ dan terus melakukan pembunuhan terhadap penduduk awam. Ini satu bentuk hukuman kolektif. Kita semua mesti mencari jalan agar…

Read More

Kqji dulu cadangan naik harga siling BPT

IPOH 12 Nov. –  Kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu cadangan Badan Kawal Selia Padi dan Beras supaya harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata sebarang keputusan akan memberi kesan kepada hampir 300,000 komuniti yang terbabit dalam setiap rantaian berkenaan meliputi pesawah, pengilang komersial, pemborong dan peruncit. Justeru, perkara berkenaan memerlukan penelitian serta perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Read More

Australia bebas Sirul Azhar

KUALA LUMPUR 12 Nov. –  Media Australia melaporkan, bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006, dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, semalam. The Sydney Morning Herarld, melaporkan Sirul Azhar dibebaskan selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak imigresen negara itu sejak 2015. Pembebasannya susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 November lalu, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen. Difahamkan, susulan keputusan itu, seramai 92 orang…

Read More

OIC gesa hentikan operasi tentera serta merta

RIYADH: Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa operasi tentera Israel di Gaza dihentikan serta-merta dan menolak alasan Israel yang mereka bertindak kejam terhadap rakyat Palestin sebagai mempertahan diri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, negara-negara OIC juga mahu Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyiasat jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang Israel lakukan di wilayah Palestin. Pada masa yang sama Arab Saudi berusaha untuk menekan Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk menamatkan permusuhan di Gaza. Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengumpulkan pemimpin Arab dan Muslim untuk…

Read More

Konsisten desak gencatan senjata

RIYADH: Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC berkata, umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak itu. “Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala, serantau mahupun antarabangsa. “Marilah kita secara konsisten dan tegas mendesak perkara…

Read More