JAKARTA 1 Nov. – Presiden Joko Widodo, hari ini merasmikan upacara pecah tanah bagi pembinaan beberapa projek termasuk lapangan terbang, lebuh raya bertol dan hospital serta sebuah hotel di ibu negara baharu, Nusantara. Projek utama Jokowi bernilai AS$32 bilion (RM152.67 bilion) itu adalah untuk memindah keluar pusat pentadbiran kerajaan dari ibu negara Jakarta yang sesak. Minggu ini, Jokowi juga dijangka melancarkan 10 projek bernilai 12.5 trilion rupiah (AS$784 juta atau RM 3.74 bilion) ketika lawatannya ke Nusantara, yang sedang dalam pembinaan awal di tengah-tengah hutan pulau Borneo. Menurut beliau, lapangan…
Read MoreDay: November 1, 2023
KJ jelaskan isu perolehan ventilator
PUTRAJAYA 1 Nov. – Khairy Jamaluddin, menegaskan perolehan peralatan ventilator ketika negara berdepan pandemik Covid-19 bukan dibuat ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kesihatan sebaliknya oleh menteri sebelumnya pada tahun 2020. Katanya, ramai bijak pandai ini berkata beliau perlu menjawab soal ventilator dan perolehan ventilator yang dibuat pada tahun 2020. “Saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, ‘even you cannot get the facts right, i don’t even know why you’re talking to me’ (sedangkan fakta anda salah, saya tidak tahu kenapa perlu bercakap soal ini kepada saya). “Bukan saya nak cakap…
Read MoreBayaran akhir STR mulai 7 November
PUTRAJAYA 1 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalurkan kepada 5.5 juta penerima secara berperingkat sebelum perayaan Deepavali, mulai 7 November ini. Dalam satu kenyataan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, STR itu akan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion. Katanya, daripada jumlah itu, 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai hingga RM1,200, lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai bawah STR Fasa 4 itu. “Mereka akan menerima hingga RM2,500…
Read MoreJam Rolex dibida RM135,000 milik individu Pasir Gudang
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Individu yang memenangi bidaan jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah pun mendapatkan jam itu hari ini. Dr Zulkifli memaklumkan jam tangan yang diletak pada harga tapak RM40,000 dan berjaya dibida dengan harga tertinggi RM135,000 itu diserahkan pada pukul 3.15 petang ini di pejabatnya. Individu berkenaan yang mahu namanya dirahsiakan adalah dari Pasir Gudang, Johor. “Tujuh minit sebelum bidaan ditutup semalam (tengah malam tadi), seorang ‘hamba Allah’ telah membeli dengan harga RM135,000. Itulah yang…
Read MoreTidak ada cadangan tambatan ringgit
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya yang pernah dilakukan ketika menghadapi Krisis Kewangan Asia pada 1998, kata Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong. Beliau berkata ketika ini, langkah itu dilihat bukan penyelesaian yang tepat, berikutan ekonomi dan sistem kewangan Malaysia berada pada kedudukan lebih baik untuk menghadapi turun naik pasaran kewangan global serta pergerakan kadar pertukaran. “Keduanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit. “Contohnya, jika ringgit ditambat dengan dolar Amerika Syarikat…
Read MoreKPDN yakin harga ayam munasabah
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yakin penamatan subsidi dan harga kawalan bagi ayam sepenuhnya mulai hari ini tidak menyebabkan kenaikan harga bahan mentah itu pada masa depan. Pemangku Menterinya, Armizan Mohd Ali, memberitahu Dewan Rakyat hari ini, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira pelbagai faktor termasuk selepas melakukan libat urus dengan pemain industri berkenaan. “Sebelum keputusan (tamatkan subsidi ayam dibuat), libat urus dengan pihak industri sudah dilaksanakan. Kita minta mereka memberi jaminan bukan hanya dari segi bekalan, tetapi harga juga…
Read MoreKad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kad diskaun khas untuk peniaga Menu Rahmah, satu insentif baharu akan diperkenalkan esok, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali. Beliau berkata, melalui inisiatif itu, peniaga Menu Rahmah dapat membeli bahan mentah dengan potongan harga ditawarkan di enam pasar raya yang bekerjasama dengan kementerian terbabit. “Esok saya akan turun bersama Timbalan Menteri (KPDN), bagi satu inisiatif terbaru iaitu penawaran kad diskaun rahmah kepada pengusaha kafe dan restoran yang terbabit dalam inisiatif ini. “Ia sebagai insentif kepada mereka yang menyokong…
Read MoreLonjakan kes buli di sekolah
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, kes buli di sekolah terus melonjak tahun ini berbanding dua tahun lalu dengan 4,994 kes direkodkan setakat bulan lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata kes buli bagi 2021 lebih rendah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani gelombang Covid-19. Katanya, berdasarkan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) KPM, sejumlah 326 kes direkodkan pada 2021, manakala 3,887 kes pada 2022 dan sehingga bulan lalu, sebanyak 4,994 kes direkodkan. Menurut beliau lagi, siasatan sudah dijalankan bagi semua kes itu dan…
Read MoreJenayah siber: Kerajaan teliti pinda akta
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan sedang meneliti dan memperhalusi cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi menangani kes jenayah siber dengan lebih berkesan, seiring perkembangan teknologi dan kompleksiti jenayah terbabit. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan termasuk ulasan daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC). Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan beberapa libat urus untuk mengambil maklum pandangan dalam usaha memastikan aspek perundangan dikemaskini dalam menangani kes jenayah siber.…
Read More