Jenayah siber: Kerajaan teliti pinda akta

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan sedang meneliti dan memperhalusi cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi menangani kes jenayah siber dengan lebih berkesan, seiring perkembangan teknologi dan kompleksiti jenayah terbabit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan termasuk ulasan daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan beberapa libat urus untuk mengambil maklum pandangan dalam usaha memastikan aspek perundangan dikemaskini dalam menangani kes jenayah siber.

“Saya harus akui walaupun kerangka perundangan ketika ini memberi kuasa mencukupi kepada PDRM dalam menangani jenayah siber, namun teknologi maklumat dan komunikasi berkembang begitu cepat.

Jadi, sentiasa wujud ruang dan keperluan untuk kita tambah baik kerangka perundangan diperlukan dari semasa ke semasa. Cadangan pindaan yang akan disyorkan perlu mendapat sokongan semua pihak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang meminta KDN menjelaskan sejauh mana pegawai PDRM dilengkapi kemahiran dan teknologi paling terkini termasuk kerangka perundangan bagi memberi kuasa mencukupi dalam usaha menangani jenayah siber.

Terdahulu Muhammad Ismi dalam soalan asal meminta Menteri KDN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kelengkapan dan kemampuan Polis Diraja Malaysia dalam menangani trend jenayah siber yang semakin canggih pada waktu ini.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, tahap kepakaran dalam kalangan anggota penguat kuasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa, seiring peredaran zaman.

Susulan itu, beliau berkata, pegawai PDRM dihantar menghadiri kursus berkaitan sama ada dalam ataupun di luar negara bagi mendapatkan pendedahan kerana teknologi serta perkembangan jenayah siber semakin berleluasa.

“Kementerian sedar, selaras perkembangan trend jenayah secara dalam talian semasa, kaedah penyiasatan juga semakin kompleks. Berikutan itu, PDRM dari semasa ke semasa melakukan penambahbaikan dan memperkasakan kemudahan terutama makmal forensik serta digital forensik sebagai peneraju dalam siasatan jenayah siber.

“Usaha ini menelan belanja besar, namun perlu dilakukan supaya jenayah ini dapat ditangani dengan baik, sekali gus dapat selamatkan rakyat neg

Related posts

Leave a Comment