BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melancarkan manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, di sini, hari ini. Awang Tengah berkata, manifesto GPS ini memberi tumpuan kepada aspek pembangunan di kawasan Jepak. “Menerusi manifesto ini, GPS mengemukakan perancangan untuk masa depan dan projek yang kita akan laksanakan di kawasan Jepak,” katanya yang menjelaskan mengenai, 14 Aku Janji dan komitmen yang terkandung dalam manifesto itu. Majlis pelancaran turut dihadiri Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr. Sim…
Read MoreMonth: October 2023
Tidak wajar batalkan minggu ‘Solidariti Palestin’
SEPANG 29 Okt. – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak wajar tunduk kepada desakan untuk membatalkan minggu ‘Solidariti Palestin’ yang bermula hari ini hingga Jumaat nanti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, kerana nila setitik ada pihak dan individu mengambil kesempatan mendesak KPM membatalkan minggu “Solidariti Palestin”. “Ternyata insiden pelajar sekolah bawa senjata mainan dianjurkan di luar tempoh pelaksanaan minggu ‘Solidariti Palestin’ (29 Oktober-3 November). “Di saat seluruh negara dan dunia mengecam kekejaman Israel maka tidak ada sebab semua peringkat rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin…
Read MoreUstaz Kazim tidak lagi mengajar di Pulau Pinang
BAYAN LEPAS 29 Okt. – Pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias tidak lagi akan menerima jemputan untuk menghadiri kuliah di masjid-masjid di negeri ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di negeri itu. “Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan bagi tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (semalam).”, katanya di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, di sini, semalam. Beliau hadir pada program berkenaan tetapi akur dengan arahan tidak dibenarkan memberi kuliah di Pulau Pinang. Menerusi video ucapannya yang tular hari…
Read MoreBerita pilihan…
Azam Menteri Komunikasi dan Digital
KOTA KINABALU 29 Okt. – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berazam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan petugas media, selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu. Fahmi berkata, tempoh pandemik Covid-19 amat mencabar apabila petugas media banyak kehilangan kerja. “Saya rasa bertuah apabila Perdana Menteri ( Anwar Ibrahim) meminta saya menggalas tanggungjawab dan amanah ini yang membolehkan saya berkhidmat untuk membantu rakan-rakan saya. Tempoh pandemik (Covid-19) menampakkan suatu senario yang amat mencabar. “Mencabar bukan sahaja dalam sektor ekonomi tetapi juga kepada tuan puan semua. Banyak yang…
Read MoreOp Sabong periksa lebih 1,000 warga asing
NILAI 29 Okt. – Lebih 1,000 warga asing diperiksa dan 185 tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen serta 254 premis diperiksa dan lima premis disita dalam 17 operasi selama lima hari bermula Selasa lalu. Malam tadi Menteri Besar, Aminuddin Harun turut turun padang dalam operasi bersepadu atau Op Sabong membabitkan 350 agensi keselamatan dan penguatkuasaan Negeri Sembilan termasuk polis, Imigresen dan Kastam. Aminuddin memberitahu, sejumlah 398 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 600 botol/tin bir serta 51 peket rokok pelbagai jenama seludup, selain 10 peket syabu dan 14…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 29.10.2023
Menghadap Sultan Selangor, Sultan Perak
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, di Kuala Lumpur, hari ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut berkongi beberapa foto. Hantaran itu turut memaklumkan pertemuan bersama Sultan Sharafuddin dan Sultan Nazrin sebagai adat orang Melayu yang berkunjung hormat bagi menjunjung kasih, setelah selesai urusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, semalam. Hasil mesyuarat itu, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang…
Read More10k Solidariti Palestin
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini tengah hari ini. . Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS. Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, himpunan itu bagi mendesak rejim zionis Israel menghentikan tindakan zalim terhadap rakyat Palestin. Himpunan kali kedua ini dibuat setelah rejim zionis semakin ganas dengan mengebom hospital…
Read MoreSukar sedia RM1,000 waktu kecemasan
KULAI 28 Okt. – Hampir separuh rakyat negara ini sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan manakala ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang ketika menghadapi kecemasan. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour berkata rakyat Malaysia masih bersikap ‘jangka pendek’ dalam pengurusan kewangan dan kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing-masing termasuk menghadapi situasi tidak dijangka. Katanya, daripada Kajiselidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang diadakan setiap tiga tahun, sejak 2015 juga mendapati satu daripada tiga rakyat negara ini tidak berminat mengambil tahu mengenai insurans dan takaful. “Alhamdulillah, kaji selidik…
Read More