KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laungan ‘Hidup Gaza’, ‘Free, Free Palestine’ dan takbir bergema di Axiata Arena, di sini malam tadi sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin. Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama hadir bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel. Seawal pukul 6.30 petang, orang ramai mula memasuki Axiata Arena, kebanyakan memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul demi satu misi, mendesak Israel menghentikan segera serangan ke atas Palestin. Himpunan Malaysia Bersama Palestin dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlangsung sehingga…
Read MoreDay: October 24, 2023
Wan Saiful diarah hadir di mahkamah esok
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, diarah hadir di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi esok untuk menghadapi pertuduhan. Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu bagaimanapun tidak jelas mengenai pertuduhan yang akan dikenakan ke atasnya tetapi mendakwa difahamkan ia berkaitan pengubahan wang haram. “Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan yakin mahkamah adalah tempat terbaik untuk mendapatkan keadilan. Saya berterima kasih kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal siasat dengan berhemah,” katanya menerusi Facebook, hari ini. Beliau sebelum ini…
Read MoreDengan ‘musuh’ juga perlu berlaku adil
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Pembangkang bukan musuh! Itu ingatan Abdul Hadi Awang (PN-Marang) ketika menggesa kerajaan berlaku adil kepada pembangkang termasuk diberikan peruntukan sama rata. “Berlaku adillah. Dengan musuh (juga perlu) berlaku adil. Ini kita kerajaan dengan pembangkang bukan musuh.,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini Abdul Hadi yang juga Presiden Pas juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sebagai tidak mengikut ajaran Islam. “Kepada pembangkang tak diberi peruntukan kepada yang sokong diberi peruntukan. Ini bukan…
Read MorePN bertindak jika perundangan syariah dicabar
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Perikatan Nasional (PN) hari ini memberi amaran bahawa gabungan itu akan bertindak jika kerajaan membenarkan tindakan segelintir individu mencabar sistem perundangan Islam di negara ini. Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berkata, kerajaan perlu lebih peka dan tegas membela undang-undang syariah kerana keputusan tersebut bakal mengundang kemarahan umat Islam. Beliau yang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini berkata jika kerajaan gagal mempertahankan kekebalan undang-undang syariah, pembangkang akan mengambil alih kedudukannya. Bagaimanapun Timbalan Pengerusi PN itu tidak menghuraikan lebih lanjut bagaimana mereka akan…
Read MoreSubsidi bersasar perlu mekanisme telus – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Subsidi bersasar memerlukan satu mekanisme yang telus dan cekap untuk memastikan tidak ada sesiapa pun yang tercicir dan terkesan daripada keputusan ini, kata bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, mekanisme ini penting untuk diperhalusi kerana subsidi telah “melekat” dalam ekonomi sebagai komponen struktural dan tanpa mekanisme yang tepat akan menyebabkan rakyat terus terbeban apatah lagi kos sara hidup semakin meningkat. “Subsidi Kerajaan tidak hanya tertumpu kepada sektor dan segmen tertentu malah merentas keseluruhan sektor dan pasaran, termasuklah pasaran buruh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang…
Read MoreBerbaloikah kenaikan kadar cukai SST?
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Cadangan menaikkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 2 peratus, dari 6 peratus kepada 8 peratus merupakan langkah kurang tepat berbanding sistem percukaian lain yang lebih efisien. Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun kenaikan tidak melibatkan makanan dan minuman, tetapi ini akan memberi kesan berantai kepada semua aspek yang akan turut mendorong kenaikan barang-barang asas. “Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka. “Justeru, saya sekali lagi berpendirian bahawa sudah tiba masanya untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan…
Read MoreOIC, Liga Arab digesa noktahkan konflik Palestin Israel
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab digesa menunjukkan kepada dunia bahawa negara Islam bersatu, terutama dalam mengekang kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata OIC dan Liga Arab sebaliknya didakwa hanya bercakap kosong dalam mencari penyelesaian tuntas terhadap isu Palestin. “Sehingga hari ini, kita kesal tiada satu pun tindakan diambil OIC dan Liga Arab kecuali hanya bercakap kosong. Sepatutnya OIC dan Liga Arab menunjukkan kepada dunia negara Islam bersatu. “Satu tindakan tegas perlu diambil OIC dan Liga…
Read MoreTH timbang cara baru bantuan bersasar
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar untuk musim haji 1445H/2024M, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata TH juga meneruskan inisiatif bantuan kewangan bersasar itu dari tahun ke tahun, khusus kepada golongan paling memerlukan selaras hasrat kerajaan menstruktur semula subsidi secara bersasar. Katanya, berikutan persekitaran semakin mencabar, termasuk suasana inflasi seluruh dunia, TH akan meneruskan bantuan kewangan haji kepada jemaah yang benar-benar memerlukan bagi menunaikan rukun Islam kelima. “TH juga sudah dan…
Read MoreBerita pilihan…
Larangan takbir, kecaman tidak wakili pendirian kerajaan
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Larangan takbir dan menayang sepanduk kecaman kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada Ahad lalu tidak mewakili pendirian kerajaan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasutiuon Ismail, berkata tindakan itu adalah budi bicara penganjur dan dibuat dengan tujuan untuk membangkitkan semangat soladariti dalam kalangan peserta pelbagai kaum dan agama. “Soal dibenar atau tak dibenarkan takbir saya tak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir ertinya melaungkan kebesaran Allah. Tiada khilaf di antara kita. “Hal ini adalah bagaimana penganjur (himpunan)…
Read More