JEMPOL 6 Okt. – Pengerusi MIC Negeri Sembilan, L Manickam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Jempol sekali gus turut keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang selama dua penggal bermula 2013 itu memaklumkan keputusan itu melalui sepucuk surat kepada Presiden MIC yang turut dikongsi melalui Facebooknya.
Beliau juga menjelaskan, pucuk pimpinan MIC kebangsaan mengetahui punca beliau berbuat demikian.
Manickam secara terbuka memberitahu, sebab utamanya meletakkan jawatan dan keluar parti adalah berkaitan keputusan MIC tidak bertanding di DUN Jeram Padang selain kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung MIC yang meminta pihaknya mengadakan mesyuarat perwakilan sekali lagi atas sebab tidak cukup kehadiran.
“Saya mohon maaf atas keputusan yang terpaksa saya ambil ini. Saya memang berasa berat hati untuk meninggalkan MIC yang telah menjadi rumah kedua saya sejak 45 tahun lalu,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kerusi DUN Jeram Padang, beliau mendakwa mesyuarat CWC MIC memutuskan tidak bertanding berikutan BN tidak menawarkan kerusi untuk bertanding dan pada masa UMNO pula menuntut kerusi itu.
Bagaimanapun, beliau kemudiannya dimaklumkan bahawa UMNO tidak pernah menuntut kerusi itu dan MIC Negeri Sembilan meminta untuk bertanding semula di kawasan itu tetapi tidak dipertimbangkan.
Mengenai arahan mengadakan semula mesyuarat perwakilan, beliau kecewa dengan sikap setiausaha agung yang menghadiri mesyuarat itu tetapi didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkannya sendiri.
Dalam pada itu, Manickam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran atas sokongannya selama ini.
“Saya mohon maaf atas keputusan yang terpaksa saya ambil ini. Saya memang berasa berat hati untuk meninggalkan MIC yang telah menjadi rumah kedua saya sejak 45 tahun lepas,” katanya.
.Manickam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden MIC, SA Vigneswaran atas sokongannya selama ini serta menghargai mendiang Samy Vellu, serta G Palanivel dan S. Subramaniam.
