JEMPOL 6 Okt. – Pengerusi MIC Negeri Sembilan, L Manickam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Jempol sekali gus turut keluar parti itu berkuat kuasa hari ini. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang selama dua penggal bermula 2013 itu memaklumkan keputusan itu melalui sepucuk surat kepada Presiden MIC yang turut dikongsi melalui Facebooknya. Beliau juga menjelaskan, pucuk pimpinan MIC kebangsaan mengetahui punca beliau berbuat demikian. Manickam secara terbuka memberitahu, sebab utamanya meletakkan jawatan dan keluar parti adalah berkaitan keputusan MIC tidak bertanding di DUN Jeram Padang selain kecewa…
Read MoreDay: October 6, 2023
Berita pilihan…
Nilai, Bukit Rambai tidak sihat
SEPANG 6 Okt. – Dua stesen udara di Negeri Sembilan dan Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini. Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, merekodkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 151 manakala Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan 112. Sementara itu, 55 stesen di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana termasuk Kemaman di Terengganu dengan bacaan 71, Seri Manjung, Perak (54), Jerantut, Pahang (69), Kluang, Johor (72), Port Dickson, Negeri Sembilan ( 93), Kuching, Sarawak (79)…
Read MoreKemudahan asas mampu tarik pelabur
SEPANG 6 Okt. – Kelantan boleh menarik kemasukan pelabur jika negeri itu mampu menyediakan kemudahan asas seperti sistem jalan raya, bekalan air dan elektrik yang baik, kata Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kelantan juga mampu membekalkan tenaga kerja apabila industri dibuka kerana ramai orang Kelantan berhijrah ke Lembah Klang untuk bekerja dalam pelbagai industri. “Kelantan adalah negeri orang berniaga. Rata-rata penduduk terbabit dalam aktiviti perniagaan dan kebanyakannya ialah industri kecil-kecilan. Tidak banyak industri kilang dari luar negara bertapak di sini, kecuali syarikat ROHM-Wako Electronics Sdn Bhd dari…
Read More