SEPANG 22 Sept. – Selepas 72 jam, Blake, anjing yang banyak berjasa dalam misi menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)l mati Selasa lalu, penjaga haiwan tersebut, PB Salbuddin Salleh memeluk Islam. Salbuddin, anggota bomba dari Unit K9 JPBM melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam pagi Jumaat bersaksikan bapa saudara dan sepupunya. Terdahulu tular di aplikasi TikTok yang memaparkan Salbuddin, 34 melafazkan dua kalimah syahadah beserta kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah…”. Blake yang dijaganya sejak tahun 2018 sebelum ini ditidurkan (euthanized) pada pukul…
Read MoreDay: September 22, 2023
Terus bersuara tentang kekejaman terhadap Palestin
NEW YORK 22 Sept. – Malaysia sekali lagi menuntut masyarakat antarabangsa untuk terus bersuara menentang kekejaman, pencabulan hak asasi serta ketidakadilan yang dilakukan terhadap penduduk Palestin. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata terdapat kemunafikan yang nyata dalam usaha menangani isu Palestin. “Hak asasi mereka dicabul, berlaku ketidakadilan dan penyalahgunaan oleh rejim,” katanya ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di sini pada Jumaat. Anwar menegaskan, di negara Asia Barat itu, rakyat Palestin diusir secara berterusan daripada penempatan mereka dan diganti dengan banyak penempatan haram, sekaligus melucutkan…
Read MoreKuasa besar mula ketepi fungsi PBB
NEW YORK 22 Sept. – Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan sulungnya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Perdana Menteri mengkritik kuasa besar dunia yang dilihat mula mengetepikan fungsi pertubuhan itu. Beliau yang memulakan ucapan dalam bahasa Melayu, menegaskan kuasa-kuasa besar itu seharusnya berusaha untuk terus menyatakan kepentingan kelompok pelbagai hala. “Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani. Izinkan saya, bagi pihak negara dan rakyat Malaysia mengemukakan pandangan ke arah keamanan dan kesejahteraan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, September 2023. “Hari ini, kita dapati kebanyakan kuasa besar dan…
Read MoreBerita pilihan…
Syarikat media Switzerland kurangkan kos
GENEVA: Syarikat kumpulan media terbesar Switzerland, Tamedia, akan mengurangkan kira-kira 50 jawatan dalam usahanya mengurangkan kos ketika industri itu sedang dilanda krisis. Menerusi inisiatif itu, syarikat yang memiliki kira-kira 30 media termasuk beberapa akhbar terkemuka seperti Tages-Anzeiger dan Tribune de Geneve, menyasarkan untuk menjimatkan kira-kira enam juta franc Swiss (RM30.96 juta). Menurut laporan media, syarikat sudah mengadakan pertemuan dengan kakitangan di bahagian media bahasa Jerman, bagi memaklumkan bahawa kira-kira 20 jawatan akan dikurangkan, sekali gus dijangka menjimatkan 2.5 juta franc. Pengumuman itu dibuat sehari selepas Tamedia memaklumkan kakitangan bahawa pengurangan…
Read MorePilihan raya Pakistan Januari 2024
ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya (ECP) menetapkan Januari tahun depan untuk Pakistan mengadakan pilihan raya sebelum ini ditangguhkan. Pakistan yang bergelut dengan krisis politik, ekonomi dan keselamatan kini ditadbirkan kerajaan sementara sejak Parlimen dibubarkan pada 9 Ogos, beberapa hari selepas bekas Perdana Menteri Imran Khan dipenjarakan kerana rasuah. Imran Khan juga dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun. Penggantinya, Shehbaz Sharif, kini berada di London untuk berunding dengan abangnya, Nawaz Sharif, bekas Perdana Menteri yang dijangka pulang ke Pakistan bulan depan selepas empat tahun dalam buangan. Pilihan raya sepatutnya…
Read More