Syarikat media Switzerland kurangkan kos

GENEVA: Syarikat kumpulan media terbesar Switzerland, Tamedia, akan mengurangkan kira-kira 50 jawatan dalam usahanya mengurangkan kos ketika industri itu sedang dilanda krisis.

Menerusi inisiatif itu, syarikat yang memiliki kira-kira 30 media termasuk beberapa akhbar terkemuka seperti Tages-Anzeiger dan Tribune de Geneve, menyasarkan untuk menjimatkan kira-kira enam juta franc Swiss (RM30.96 juta).

Menurut laporan media, syarikat sudah mengadakan pertemuan dengan kakitangan di bahagian media bahasa Jerman, bagi memaklumkan bahawa kira-kira 20 jawatan akan dikurangkan, sekali gus dijangka menjimatkan 2.5 juta franc.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Tamedia memaklumkan kakitangan bahawa pengurangan jawatan lebih besar akan dilalui media bahagian Perancis, membabitkan pemberhentian seramai 28 kakitangan iaitu kira-kira 10 peratus daripada semua kakitangan yang mampu menjimatkan 3.5 juta franc.

Sejak tiga tahun lalu, bilik berita Tamedia terpaksa membuat penjimatan kos berikutan syarikat berdepan kesukaran mendapatkan langganan daripada pembaca di bawah usia 30 tahun.

Pola  itu akan berterusan dengan langganan digital hanya memberi pulangan lebih rendah sedangkan syarikat memerlukan dua langganan digital untuk satu cetakan, yang mana ia adalah tugas yang sangat besar.

Related posts

Leave a Comment