Ebit Lew lapor polis isu ‘fitnah melampau’

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Pendakwah bebas, Ebit Lew, tampil membuat laporan polis terhadap dakwaan berlaku fitnah yang dianggap teramat melampau dan tidak berasas terhadap dirinya.

Beliau yang memaklumkan baru tiba dari Jeddah pukul 12 malam tadi terus ke Balai Polis USJ8, Subang Jaya untuk membuat laporan polis.

Ebit Lew menerusi hantaran di Facebooknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

“Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang turut memuat naik bersama sekeping gambar beliau memegang salinan laporan polis di hadapan pintu Balai Polis USJ 8.

Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia.

Related posts

Leave a Comment