China sokong jayakan NIMP 2030

NANNING 17 Sept. – China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, China turut menyambut baik dengan cadangan Asian Monetary Fund (AMF) sebagai pemberi pinjaman pilihan terakhir kepada rantau ini semasa krisis kewangan berlaku. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena lawatan kerja beliau ke bandar raya ini bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20. Menurut Anwar, terdapat potensi besar bagi ASEAN dan negara-negara Campur Tiga termasuk China…

Read More

25 individu himpunan dipanggil polis

ALOR SETAR 17 Sept. –  Polis mengenal pasti 25 individu termasuk seorang ahli Parlimen yang terbabit dalam ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ di ibu negara, semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata setakat ini 22 orang berjaya dihubungi hari ini dan esok lima individu akan hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur manakala seorang lagi akan dipanggil Selasa ini. Baki selebihnya akan dipanggil kemudian secara berperingkat untuk membantu siasatan. Katanya, banyak pihak juga menyatakan ketidakpuasan mereka dengan tindakan polis kononnya di…

Read More

Tak apa kita pergi ja – Tun Faisal Ismail

SEPANG 17 Sept. – : “Baik” itu reaksi Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Tun Faisal Ismail Aziz ketika merujuk tajuk berita muka depan Sinar Ahad hari ini bertajuk “Peserta Himpunan Akan Dipanggil “ Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau juga berkata “ Tak apa, kita pergi ja” sebagai reaksi kepada netizen yang tertanya-tanya kenapa dipanggil walaupun tidak ada kereta polis diterbalikkan. Sementara itu, memetik laporan BH, Tun Faisal Ismail memaklumkan seramai 20 individu yang terbabit dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang diadakan di ibu negara semalam dipanggil polis untuk…

Read More

Hidangan makanan panas berperingkat

SEPANG 17 Sept. – Malaysia Airlines mengembalikan hidangan makanan panas secara beransur-ansur untuk beberapa sektor selepas menerima peralatan tambahan bagi penyediaan makanan dalam pesawat. Melalui hantaran di Facebooknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata syarikat penerbangan itu kini mengembalikan hidangan ‘signature MH’ mereka iaitu sate yang disediakan untuk kelas perniagaan. Katanya, segala kesulitan yang masih dihadapi dalam penerbangan lain oleh syarikat penerbangan nasional itu adalah amat dikesali dan Malaysia Airlines sedang berusaha untuk memulihkan keadaan sepenuhnya secepat mungkin. Anthony turut menyertakan gambar hidangannya ketika beliau dalam penerbangan Malaysia Airlines ke Kuching…

Read More

Cadang Keretapi Sarong aktiviti Hari Kebangsaan

KUCHING 17 Sept. – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menjadikan program “flash mob” atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong sebagai antara aktiviti sempena Bulan Kebangsaan tahun hadapan. Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata ia berikutan program berkenaan yang berlangsung semalam mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan usia. “Saya berharap tahun depan kita dapat merencanakan lebih banyak program di peringkat Bulan Kebangsaan supaya ia tidak hanya melibatkan kibar Jalur Gemilang sahaja,” katanya selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan di sini malam tadi. Keretapi…

Read More