SEPANG 17 Sept. – : “Baik” itu reaksi Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Tun Faisal Ismail Aziz ketika merujuk tajuk berita muka depan Sinar Ahad hari ini bertajuk “Peserta Himpunan Akan Dipanggil “
Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau juga berkata “ Tak apa, kita pergi ja” sebagai reaksi kepada netizen yang tertanya-tanya kenapa dipanggil walaupun tidak ada kereta polis diterbalikkan.
Sementara itu, memetik laporan BH, Tun Faisal Ismail memaklumkan seramai
20 individu yang terbabit dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang diadakan di ibu negara semalam dipanggil polis untuk dirakam keterangan esok.
Bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Putrajaya itu berkata, beliau antara 20 individu yang dipanggil pihak polis untuk proses rakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 10 pagi.
“Saya bersama beberapa individu lain termasuk mereka berucap pada perhimpunan, semalam dipanggil untuk dirakam keterangan.
Insya-Allah saya akan hadir ke IPD Dang Wangi esok namun difahamkan beberapa individu lain mungkin tidak dapat hadir esok kerana ada komitmen lain, maka mereka akan hadir pada satu tarikh lain,” katanya kepada BH.
Semalam, peserta perhimpunan berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baharu sebelum berarak dengan berjalan kaki ke kompleks beli belah Sogo.
Perarakan bermula jam 1.50 tengah hari diketuai Tun Faisal dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard.
Perhimpunan berakhir kira-kira jam 3.30 petang dengan peserta menyanyikan lagu Negaraku serta mengaminkan bacaan doa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid dalam sidang media, semalam berkata t itu didapati tidak mematuhi undang-undang diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sehubungan itu, katanya pihaknya akan meneliti beberapa perkara sebelum mengambil tindakan susulan berhubung himpunan berkenaan.
