JOHOR BAHRU 12 Sept. – Wakil tunggal Muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Amira Aisya Abd Aziz (Puteri Wangsa) turut mengumumkan keputusan keluar dari kumpulan blok Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN). Amira yang juga Timbalan Presiden Muda berkata, keputusan itu selaras dengan keputusan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengumumkan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. “Sebagai Timbalan Presiden Muda, saya juga bersama-sama dengan keputusan parti untuk keluar dari blok PHBN, sejajar dengan aspirasi untuk mengekalkan prinsip politik yang telah saya dan Muda bawa sejak PRN Johor 2022…
Read MoreDay: September 12, 2023
DNAA: Johari jelas maksud beri peluang
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul tampil menjelaskan keputusannya semalam untuk memberi peluang kepada pembangkang membangkitkan isu mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menegaskan maksud untuk memberi peluang pembangkang membangkitkan isu itu di dalam dewan selepas menolak usul yang dibawa bukanlah terhad kepada tempoh waktu tertentu. “Saya sebut (kepada) Arau dan Machang, saya kata selepas itu (akan beri ruang)…maksudnya dalam enam hari ini, anda boleh bercakap. Saya tidak akan hentikan apabila isu ini dibangkitkan atau boleh bangun, Machang boleh bangun. Saya tak…
Read MoreCadang Johari Ghani Menteri Kewangan
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani dicadangkan sebagai Menteri Kewangan I, manakala Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan sebagai Menteri Kewangan II. Ketua Pembangkang , Hamzah Zainudin, mencadangkan dua nama itu bagi mengisi portfolio di Kementerian Kewangan bagi memperbetulkan aspek tadbir urus dan bidang kuasa antara Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi. Cadangan itu dibuat selepas Mohd Syahir Sulaiman (PN-Bachok) dan Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) membangkitkan isu pelantikan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang oleh individu sama. “Tuan Yang Dipertua (Dewan Rakyat), masukkan pencelahan…
Read MoreJangan terpengaruh ‘politik beracun’
ANCHORAGE: Dalam usahanya menyemarakkan kembali perpaduan selepas serangan maut 11 September, 22 tahun lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa rakyatnya tidak terpengaruh dengan ‘politik beracun, percanggahan dan perpecahan’, Katanya, tidak sepatutnya tragedi pada 2001 digunakan untuk mengingatkan mengenai kuasa yang menyatukan negara, tetapi itulah cara sebenar menghormati mereka yang tewas pada 9/11. Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 anggota tentera AS di Pangkalan Elmendorf-Richardson di Alaska. Biden bersama isterinya, Jill; Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya, Doug Emhoff, serta komander tentera AS menyertai beberapa acara berasingan bagi…
Read MoreBerita pilihan…
Terharu sambutan rakyat Sabah, Sarawak
SIBU 12 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan rakyat di Sabah dan Sarawak sangat hebat kerana setia menunggu menyambut konvoi Kembara Kenali Borneo yang diketuai baginda. Titah baginda, sepanjang perjalanan kira-kira 1,700 kilometer (km) dari Tawau pada 3 September lalu sehingga ke bandar Sibu, rakyat di kedua-dua negeri di Borneo itu hadir beramai-ramai untuk menyambut rombongan konvoi berkenaan. “Dari hati ikhlas saya tak terkata lagi memang terbukti rakyat Borneo ini cukup-cukup hebat sekali kerana sanggup menunggu kita dengan isteri dan keluarga saya,” titah baginda…
Read MoreEU sumbang 1 juta Euro bantu Maghribi
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah mengumumkan Kesatuan Eropah (EU) akan menyediakan 1 juta euro (AS$1.07 juta) kepada Maghribi susulan gempa bumi yang melanda negara Afrika Utara itu baru-baru ini. Menurut Pesuruhjaya Krisis EU Janez Lenarcic, EU bersolidariti dengan rakyat Maghribi, dan mengeluarkan pembiayaan untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk. “EU tetap bersedia untuk membantu Maghribi dengan apa jua cara yang diperlukan pada tempoh sukar ini,” kata Lenarcic. Sementara itu, pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas. Duta Britain, Simon Martin dalam satu hantaran yang…
Read More