Sembang PRN pilih calon atau parti

SEMALAM, tiba dari Kuala Lumpur, ambil Grab dari Bayan Lepas, singgah di Jalan Penang. Tujuannya mahu menikmati ais tingkap dan cucur udang. Sepanjang perjalanan, saya cuba ‘memancing’ pemandu, bangsa Cina untuk bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN). Dia kurang bagi respons. Sebaliknya bila ditanya mengenai kerjayanya itu, beliau mula bercerita mengenai masalah jalan sesak terutama pada sebelah petang sama ada bandar, ke lapangan terbang dan Butterworth. Katanya tidak ‘berbaloi’ jika dapat ‘job’ ke seberang pada waktu puncak atau ke mana-mana tempat di kawasan bandar. Sangkut di sana sini. Selepas ronda-ronda…

Read More

Sejauh mana kesan pemimpin keluar DAP menjelang PRN?

MENARIK untuk mengikuti perkembangan dalam DAP di Pulau Pinang berikutan seorang lagi pemimpin meninggalkan parti kerana dikatakan ada kaitan dengan penglibatan ‘maharaja yang berkuasa’ mencatur calon Pilihan Raya Negeri (PRN). Bekas Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengikut jejak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees dan bekas Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), David Marshel yang lebih awal keluar DAP. Satees, kemudiannya mencalonkan diri untuk mempertahankan kerusi Bagan Dalam yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu manakala David Marshel di DUN Prai atas tiket…

Read More