Reezal Merican pewaris perjuangan Pak Lah

KEPALA BATAS 10 Ogos – Bekas Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin menyifatkan Reezal Merican Naina Merican sebagai pewaris perjuangan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sejak 1970-an di kawasan berkenaan. Katanya walaupun terdapat sedikit gangguan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau berharap Reezal Merican dapat meneruskan perjuangan itu melalui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Justeru Khairy merayu pengundi memberi peluang kepada calon BN itu dengan mengetepikan seketika sentimen gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas…

Read More

Ramasamy pula tinggalkan DAP

BAGAN 10 Ogos – Sekali lagi kuasa ‘maharaja’ mendorong seorang pemimpin DAP meninggalkan parti itu hari ini menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. Bekas Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang melepaskan semua jawatan parti dan mengumumkan keluar parti itu. “Ini adalah keputusan paling berat yang pernah saya lakukan,” katanya penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu dalam sidang media hari ini. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbang faktor pimpinan DAP Pusat terlalu bergantung kepada ‘maharaja’ yang menjadi punca…

Read More

Visi Pas sentiasa dihimpit musuh

KOTA BHARU 10 Ogos – Visi Pas untuk membela nasib orang Melayu dan mempertahankan Islam sentiasa dihimpit dan terhakis oleh musuh, kata Pengerusi PN Kelantan, Ahmad Yakob. Beliau berkata, matlamat itu yang juga ingin dijalankan bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) juga gagal disempurnakan. “Sayang sekali apabila MN tak dapat kita sempurnakan kerana jajaran baharu yang dibentuk Presiden UMNO (Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim). “(Ia) seolah-olah suatu perancangan yang rapi supaya kesedaran kebangkitan umat Islam ini dinafikan dalam saat penting, sebab itu kita lihat lahirnya orang…

Read More

Menteri rasuah akan ke penjara

KUALA BERANG 10 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak berkompromi dengan anggota Jemaah Menteri yang terbabit aktiviti rasuah dan mereka akan dipecat serta-merta. Katanya , selepas lapan bulan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, setakat ini tiada lagi menteri Kabinet yang terbabit dengan aktiviti rasuah. “Semua menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan akan diterajang keluar dan dimasukkan ke penjara jika terbabit dengan rasuah. “Mereka sering diberi peringatan berhubung perkara itu pada setiap kali mesyuarat Kabinet, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan jika menerima laporan ada antara menteri terbabit aktiviti…

Read More