Tidak bertanding PRN keputusan MIC sendiri

KAJANG 2 Ogos – Tindakan tidak meletakkan calon MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan diputuskan sendiri kepemimpinan parti itu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang menghormati keputusan itu berkata, dalam ucapan pemimpin MIC ketika perjumpaan bersama Anwar Ibrahim hari ini, mereka merasakan parti itu sepatutnya mendapat lebih banyak kerusi pada PRN dan mereka adalah calon boleh menang di Negeri Sembilan. “Bagaimanapun, MIC membuat keputusan sebaliknya apabila tidak mahu meletakkan calon bertanding di negeri itu. “Jadi, keputusan itu adalah…

Read More

Sultan Brunei lakukan lawatan tiga hari

SUBANG 2 Ogos –  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini. Baginda yang diiringi Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, pegawai kanan kerajaan dan delegasi mendarat tepat pukul 5 petang dengan pesawat khas. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir. Sejurus mendarat Sultan Brunei kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat yang dianggotai dua pegawai dan 26 anggota Batalion…

Read More

Guna kad debit, kredit bayar tol MEX

PUTRAJAYA 2 Ogos –  Mulai esok, pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) yang melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) boleh membayar tol menggunakan kad debit atau kad kredit. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, kemudahan itu  memberi alternatif baharu serta kemudahan kepada pengguna, berbanding kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Buat permulaan esok, SPT akan bermula di enam lorong sebagai proses percubaan sebelum diperluaskan ke semua lorong di ketiga-tiga plaza tol MEX sedia ada iaitu Salak Selatan, Putrajaya dan Seri Kembangan, pada penghujung…

Read More

MIC luah rasa tidak puas hati

KUALA LUMPUR 3 Ogos – MIC mendedahkan ‘layanan Barisan Nasional (BN)’ terhadap parti itu yang mendorong kepada keputusan parti untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Presiden MIC, SA Vigneswaran semasa mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini juga menyifatkan MIC seperti berada di ‘persimpangan jalan’ dalam tempoh beberapa bulan ini. “Beberapa bulan ini, kedudukan MIC seakan berada di persimpangan jalan dan saya sememangnya tidak senang dengan perkara ini. Memang ada perbincangan dalam BN, tetapi ia tidak mencerminkan semangat yang kami…

Read More

Bersedia hadapi penutupan jalan setahun

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Warga Lembah Klang yang sering berulang alik ke tempat kerja akan menghadapi perubahan laluan selama setahun mulai Sabtu, 5 Ogos berikutan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew. Beberapa laluan di ibu negara akan ditutup mulai Sabtu (5 Ogos) ini hingga 4 Ogos tahun depan bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata beberapa laluan  akan ditutup iaitu Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park)…

Read More

Pahang, Andalusia taja umrah 79 asnaf

PEKAN 2 Ogos  – Kerajaan negeri Pahang memilih 79 asnaf untuk menunaikan ibadah umrah melalui Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 4.0 dengan kerjasama syarikat pengendali umrah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, selain asnaf, ia juga melibatkan mualaf dan Orang Asli. Katanya, pemilihan peserta umrah itu dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Beliau sebelum itu mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan…

Read More