Kad SIM perlu pengesahan biometrik

JAKARTA – Semua pendaftaran baharu kad SIM telefon mudah alih perlu mendapat pengesahan biometrik melalui pengecaman wajah yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu, kata Ketua Pengarah Ekosistem Digital Edwin Abdullah.

Katanya, semua pengendali telekomunikasi mesti mematuhi syarat itu yang pada ketika ini masih terdapat pengendali yang mengaktifkan pelanggan baharu tanpa pengesahan biometrik.

Justeru kerajaan katanya, mengarahkan pematuhan serta-merta dan memberi amaran bahawa tindakan pentadbiran akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar peraturan itu.

“Oleh itu, kami meminta semua pengendali mematuhi peruntukan ini dan menghentikan serta-merta semua pengaktifan yang masih menggunakan pengesahan identiti tanpa pengesahan biometrik,” katanya dalam satu kenyataan.

Edwin berkata pendaftaran biometrik bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, malah merupakan langkah strategik bagi memperkukuh keselamatan pengguna serta membantu mencegah penyalahgunaan identiti, penipuan digital dan jenayah siber lain.

Sementara itu, Direktorat Jeneral Pendaftaran Penduduk dan Pendaftaran Sivil diminta menyahaktifkan akses kepada sistem pengesahan identiti kebangsaan yang sebelum ini digunakan untuk pendaftaran kad SIM, sekali gus menjadikan pengesahan biometrik sebagai satu-satunya kaedah pendaftaran.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment