6 negara lebih 100,000 kes

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.13 juta dengan kematian meningkat kepada lebih 371,000.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes dan 4,000 kematian.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.78 juta dan 104,232 kematian.

Ini diikuti Brazil dengan 498,440 kes, Rusia 405,843, United Kingdom (UK) 276,156, Sepanyol 239,479 dan Itali 232,997.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu India 190,609, Perancis 189,009, Jerman 183,410, Turki 163,942, Peru 155,671 dan Iran 151,466.

Jumlah itu diikuti Chile 99,688, Kanada 92,439, Mexico 87,512, Arab Saudi 85,261, China 84,130 dan Pakistan 69,496.

Statistik korban pula menunjukkan, UK berada di belakang AS dengan merekodkan 38,571 kes, Itali 33,415, Brazil 28,834 dan Perancis 28,805

Sepanyol berada di kedudukan keenam dengan angka korban 27,127 diikuti Mexico 9,779, Belgium 9,467, Jerman 8,540, Iran 7,797 dan Kanada 7,373.

Sementara itu dunia terus menyaksikan perkembangan positif dengan lebih 2.53 juta pesakit di sahkan sembuh dan didiscaj.

Related posts

Leave a Comment