Pita gagal jadi PM Thailand

BANGKOK: Hasrat pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat untuk menjadi Perdana Menteri baharu Thailand tidak kesampaian apabila Parlimen Dwidewan menolak pencalonan semula pada proses undian kedua hari ini. Sebanyak 394 Ahli Parlimen menentang pencalonan semula Pita sebagai calon perdana menteri manakala 312 lagi menyokong,  lapan berkecuali dan seorang lagi tidak menggunakan hak untuk mengundi. Seramai 715 ahli Parlimen mengundi secara elektronik berikutan perbahasan panjang mengenai isu itu bermula sejurus selepas persidangan pada 9.30 pagi. Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata pencalonan semula Pita bagi jawatan perdana menteri ditolak dengan…

Read More

Sanusi WhatsApp polis sebelum ditangkap

ALOR SETAR 19 Julai – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor tampil menjelaskan isu beliau tidak dapat dihubungi polis malam kelmarin yang akhirnya membawa kepada penangkapan beliau pada awal pagi di Mont Kiara. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berkata, apa yang sebenarnya berlaku, beliau sempat berkomunikasi menerusi WhatsApp bersama seorang pegawai kanan Bukit Aman dari pukul 10 malam sehingga 12.30 tengah malam. “Saya nak betulkan sidang media Ketua Polis Negara, dengan penuh rasa hormat saya kepada Tan Sri, sidang media semalam tak betul, saya ada komunikasi dengan pegawai Bukit…

Read More

Tindakan bertentangan janji reformasi

KUALA LUMPUR 19 April – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin hari ini  mendakwa penggunaan Akta Hasutan terhadap Muhammad Sanusi Md Nor bertentangan dengan janji reformasi yang pernah dilaungkan pimpinan Kerajaan Perpaduan. Bekas Perdana Menteri itu berkata, janji reformasi yang dilaungkan oleh pemimpin itu  dahulu termasuk untuk menghapuskan Akta Hasutan. “Nampaknya kerajaan Madanon hari ini semakin galak menggunakan instrumen undang-undang untuk menekan lawan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang turut menyatakan simpati kepada Sanusi atas pendakwaan itu. Presiden Bersatu itu turut menegaskan, dasar dan prinsip perjuangan PN yang utama…

Read More

Gelombang haba dijangka meningkat

PERTUBUHAN Meteorologi Sedunia (WMO) memberi amaran, gelombang haba yang melanda hemisfera utara dijangka terus meningkat sekali gus membawa kepada peningkatan risiko serangan jantung dan kematian. Menurut WMO,  gelombang haba itu berada dalam fasa awalnya, dan ia menjangkakan suhu di Amerika Utara, Asia, Afrika Utara dan Mediterranean melebihi 40 Celsius untuk beberapa minggu. Tambah WMO rekod baharu gelombang haba mungkin berlaku dalam beberapa hari akan datang. Paras tertinggi Eropah sebelum ini ialah 48.8 darjah Celsius yang dicapai di Sicily pada Ogos 2021 dan rekod global ialah 56.7 Celsius dari Death Valley…

Read More

Agong nasihat rakyat jauhi hasad dengki, fitnah

KUALA LUMPUR 19 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara serta halus dalam berpesan. “Harmoni dalam persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan,” titah baginda Justeru, baginda mengingatkan rakyat supaya menjauhi perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah, pemikiran prasangka sempit dan negatif kerana, sifat sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah kepada bangsa dan negara. Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H/2023M, yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia…

Read More

Dr Monir Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

KUALA LUMPUR 19 Julai –  Bekas Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam (IKIM),  Dr Abdul Monir Yaacob diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini. Selain itu, Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakr Amad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim),  Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M, di sini. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan anugerah, termasuk wang tunai dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan. Turut berangkat ialah Raja…

Read More

Tak masuk akal polis gagal ‘kesan’ Sanusi

KUALA LUMPUR 19 Julai –  Alasan Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain agak ‘pelik dan tidak masuk akal’ apabila menyatakan polis terpaksa menangkap Menteri Besar Kedah pada pukul 3 pagi selepas tidak dapat menghubungi  Muhammad Sanusi Md Nor dan pegawainya. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata, pihak berkuasa itu sebenarnya boleh sahaja menghubungi pengawal peribadi Muhammad Sanusi yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bila-bila masa. Katanya, pihak polis sendiri ada meletakkan seorang anggotanya bersama Muhammad Sanusi untuk bertugas sebagai pengawal peribadi kepada Menteri Besar Kedah itu. Sehubungan itu, Hamzah yang…

Read More

Hijrah ke arah hidup bermuafakat

KUALA LUMPUR 19 Julai –  Anwar Ibrahim berkata, keamanan dan kestabilan kini menjadi maqasid utama supaya kebajikan rakyat di negara terbela. Justeru kata Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belah. Katanya, sebarang usaha untuk merubah negara yang berperlembagaan dan berdaulat ini kepada negara perkauman yang huru-hara, walau seinci pun tidak sesekali akan dibiarkan. “Justeru, menjelang sambutan Hijrah 1445 ini, marilah kita bertekad untuk melakukan hijrah yang hakiki. Berhijrah daripada kemungkaran kepada kebaikan, daripada kebejatan rasuah kepada amanah, daripada ketaksuban kepada minda yang merdeka, dan daripada…

Read More

Suhu tertinggi di Sanbao, Xinjiang

BEIJING: Sebuah bandar terpencil di barat laut China, Sanbao di Xinjiang mencatatkan suhu 52.2 darjah Celsius pada Ahad, rekod tertinggi bagi negara yang pada enam bulan lalu bergelut dengan cuaca bawah 50 darjah Celsius. Menurut laporan media, rekod cuaca panas melampau dijangka berterusan sekurang-kurangnya lima hari lagi. Suhu pada Ahad memecahkan rekod sebelumnya, 50.3 darjah Celsius, yang dicatat pada 2015 di daerah Ayding dalam lembangan beting pasir dan tasik kering pada ketinggian lebih 150 meter di bawah paras laut. Sejak April, negara-negara di seluruh Asia dilanda beberapa pusingan gelombang panas…

Read More