Suhu tertinggi di Sanbao, Xinjiang

BEIJING: Sebuah bandar terpencil di barat laut China, Sanbao di Xinjiang mencatatkan suhu 52.2 darjah Celsius pada Ahad, rekod tertinggi bagi negara yang pada enam bulan lalu bergelut dengan cuaca bawah 50 darjah Celsius.

Menurut laporan media, rekod cuaca panas melampau dijangka berterusan sekurang-kurangnya lima hari lagi.

Suhu pada Ahad memecahkan rekod sebelumnya, 50.3 darjah Celsius, yang dicatat pada 2015 di daerah Ayding dalam lembangan beting pasir dan tasik kering pada ketinggian lebih 150 meter di bawah paras laut.

Sejak April, negara-negara di seluruh Asia dilanda beberapa pusingan gelombang panas yang memecah rekod, mencetuskan kebimbangan mengenai keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah dengan pantas.

Suhu tinggi yang berpanjangan di China turut mencabar grid kuasa dan tanaman sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berulangnya kemarau pada 2022 yang paling teruk dalam tempoh 60 tahun.

China tidak asing dengan perubahan suhu yang dramatik merentasi musim, tetapi perubahan itu semakin meluas.

Pada 22 Januari, suhu di Mohe, sebuah bandar di timur laut wilayah Heilongjiang, naik sehingga 53 darjah Celsius, sekali gus memecahkan rekod paras tertinggi sepanjang masa China sebelum ini iaitu 52.3 darjah Celsius yang dicatat pada 1969.

Sejak itu, hujan paling lebat dalam sedekad melanda tengah China, memusnahkan ladang gandum di kawasan yang dikenali sebagai jelapang negara itu.

Beijing pada bulan lalu menaikkan amaran cuaca panas kepada ‘merah’ iaitu tahap tertinggi dan sistem amaran berdasarkan kod warna, selepas suhu di sebahagian besar kawasan diramal meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

Sekitar 22 Jun lalu, suhu maksimum di bandar dengan 22 juta penduduk itu melepasi 41 darjah Celsius, sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi bagi bulan berkenaan.

Ia adalah yang kedua tertinggi dalam sejarah Beijing, berbanding 41.9 darjah Celsius direkodkan di Beijing pada 24 Julai 1999.

Sebuah stesen cuaca di pinggir selatan, yang dianggap penanda aras bagi sukatan suhu di Beijing, merekodkan suhu 41.1 darjan Celsius pada waktu petang.

Suhu tertinggi pada bulan Jun sebelum ini ialah pada 10 Jun 1961, apabila suhu mencecah 40.6 darjah Celsius.

Related posts

Leave a Comment