PM Thai: Pita mahu terus mencuba

BANGKOK: Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berkata beliau tidak akan berputus asa dalam bidaan menjadi Perdana Menteri (PM) Thailand selepas kalah dalam undian Parlimen, hari ini.

Beliau kekurangan 51 undi daripada jumlah yang diperlukan.

Pita berkata pihaknya akan menyusun semula strategi untuk mengumpul sokongan yang diperlukan bagi memenangi undian perdana menteri seterusnya.

Undian itu dijangka diadakan minggu depan dan Pita boleh bertanding jika dicalonkan semula.

Gabungan lapan parti Pita, termasuk Pheu Thai mempunyai 312 kerusi tetapi kurang daripada 376 yang diperlukan di kedua-dua dewan Parlimen untuk menuntut jawatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Pita berdepan ancaman penggantungan Parlimen serta kes rujukan di Mahkamah Perlembagaan terhadap tuduhan beliau dan partinya cuba menggulingkan pemerintahan beraja.

Walaupun MFP menang pada pilihan raya lalu dengan rakyat Thailand menolak kerajaan Jeneral Prayut Chan-o-cha yang merampas kuasa pada 2014, peluang parti itu untuk membentuk kerajaan dengan diketuai Pita dilihat semakin tipis.

Beliau berdepan tentangan daripada 250 anggota blok yang dilantik tentera di Senat kerana desakan partinya untuk memperbaharui Seksyen 112 Kanun Jenayah Thailand yang melarang memfitnah atau menghina keluarga diraja.

Rancangannya untuk menggegarkan monopoli perniagaan yang berkuasa di negara itu juga mencetuskan kebimbangan.

Selasa lalu, Perdana Mentera Sementara Prayut dari parti United Thai Nationnya menduduki tempat kelima dalam pilihan raya Mei lalu, sekali gus mengumumkan persaraannya daripada politik tetapi akan kekal menjawat jawatan itu sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Related posts

Leave a Comment