TANJONG 13 Julai – Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kini dapat memberi fokus kepada kempen berikutan keputusan DAP mengekalkan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri. Kon Yeow yang baru sepenggal memimpin Pulau Pinang mengakui khabar angin sebelum ini berkaitan calon Ketua Menteri agak mengganggu, dan berharap keputusan terkini dihormati untuk terus melangkah ke hadapan. Beliau ketika ditemui berkata, keputusan itu juga adalah satu pengiktirafan kepada diri dan pentadbirannya selama ini selepas Lim Guan Eng menamatkan dua penggal sebagai Ketua Menteri…
Read MoreDay: July 14, 2023
Dewan Rakyat terima notis kekosongan
KUALA LUMPUR 14 Julai – Dewan Rakyat sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul. Kekosongan itu berlaku berikutan penyandangnya, Ahmad Amzad Mohamed, tidak mengemukakan rayuan bagi keputusan pembatalan kemenangan itu selaras Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berakhir pada Selasa lalu. Menurut Johari, pemakluman berkenaan dibuat susulan keputusan Hakim Pilihan Raya yang mengisytiharkan pembatalan kemenangan Ahmad Amzad pada 19 November lalu. “Mahkamah Tinggi, Selasa lalu juga mengeluarkan perakuan mengisytiharkan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kawasan…
Read MoreHab umrah tingkat industri pelancongan Islam
KUALA LUMPUR 14 Julai – Industri pelancongan Islam di negara ini dijangka terus berkembang dan diperkasakan apabila Malaysia menjadi hab Umrah di rantau Asia termasuk China, Jepun dan Korea dalam masa yang terdekat. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, cadangan menjadikan hab umrah itu akan dibawa dan dibincangkan di peringkat Kabinet pada Ogos ataupun September tahun ini. Katanya, MOTAC akan memberi penjelasan lengkap kepada Kabinet dan juga membincangkan apakah yang diperlukan supaya misi untuk menjadikan Malaysia hab umrah dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. “Di…
Read MoreKon Yeow calon KM Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 14 Julai – Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP memutuskan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diberi mandat 12 Ogos ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang juga Pengerusi Jawatankuasa itu, berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan sebagai Pengerusi PH, beliau merestui keputusan tersebut. Loke bagaimanapun berkata, jawatankuasa itu yang merupakan kepemimpinan tertinggi DAP juga memutuskan untuk membuat pembaharuan besar (major renewal) dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang mewakili…
Read MoreBerita pilihan…
PM Thai: Pita mahu terus mencuba
BANGKOK: Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berkata beliau tidak akan berputus asa dalam bidaan menjadi Perdana Menteri (PM) Thailand selepas kalah dalam undian Parlimen, hari ini. Beliau kekurangan 51 undi daripada jumlah yang diperlukan. Pita berkata pihaknya akan menyusun semula strategi untuk mengumpul sokongan yang diperlukan bagi memenangi undian perdana menteri seterusnya. Undian itu dijangka diadakan minggu depan dan Pita boleh bertanding jika dicalonkan semula. Gabungan lapan parti Pita, termasuk Pheu Thai mempunyai 312 kerusi tetapi kurang daripada 376 yang diperlukan di kedua-dua dewan Parlimen untuk menuntut jawatan…
Read MoreTamatkan AIDS menjelang 2030
GENEVA: AIDS mungkin boleh ditamatkan menjelang 2030 jika negara-negara dunia menunjukkan keazaman politik untuk melabur dalam pencegahan dan rawatan serta menerima pakai undang-undang tanpa diskriminasi. Menurut Program AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS) pada 2022, mengganggarkan seramai 39 juta penduduk dunia menghidap HIV dan HIV boleh berkembang menjadi AIDS jika tidak dirawat. “Kami mempunyai penyelesaian jika kami mengikuti kepimpinan negara yang menjalin komitmen politik kuat untuk mengutamakan rakyat dan melabur dalam program pencegahan dan rawatan HIV berasaskan bukti kajian,” kata UNAIDS dalam laporan yang diterbitkan semalam. UNAIDS berkata antara inisiatif lain…
Read More