Mohon awal permit ceramah, kempen

TANJONG 4 Julai – Parti-parti politik diingatkan supaya menghantar awal borang permohonan permit mengadakan ceramah dan kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, ketika mengingatkan demikian

berkata, langkah itu  bagi mengelak pertembungan antara satu sama lain dengan permit berkenaan boleh dipohon sebaik sahaja pembubaran dilakukan.

“Walaupun kita akan melayan'(bagi permohonan) dalam tempoh 24 jam, tetapi mohonlah lebih awal.

“Kita tidak mahu mana-mana parti apabila minta permit, rupa-rupanya tempat itu sama dengan parti lain,” katanya selepas taklimat PRN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Razarudin berkata seramai 40,000 pegawai dan anggota PRDM yang terbabit dengan pengawasan sepanjang PRN di enam negeri dengan 663 daripadanya ditempatkan di negeri ini

Katanya, pegawai dan anggota yang terbabit itu adalah terdiri daripada pasukan dari Bukit Aman dan kontinjen yang tidak terbabit dengan PRN.

“Kita sudah bergerak ke empat negeri bagi menghadiri taklimat persiapan keanggotaan, sumber manusia, perancangan dan kebajikan pada PRN dan sangat berpuas hati. Malah selepas ini akan ke Kelantan dan Terengganu pula.

“Di Pulau Pinang, Ketua Polis Negeri (Khaw Kok Chin) mengesyorkan dan memohon jumlah keanggotaan yang sangat ideal iaitu tidak terlalu lebih atau kurang sehingga boleh menjejaskan PRN,” katanya.

Related posts

Leave a Comment