WASHINGTON : Laporan Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (ODNI) mendedahkan perisikan Amerika Syarikat (AS) tidak menemui bukti bahawa virus Covid-19 berpunca daripada insiden di Institut Virologi Wuhan China. Menurut laporan itu, agensi perisikan AS tidak mempunyai maklumat yang menyokong dakwaan bahawa tiga saintis di makmal Wuhan itu adalah antara kumpulan pertama dijangkiti Covid-19 dan mungkin telah mencipta virus itu sendiri. Merujuk kepada maklumat perisikan yang dikumpulkan masyarakat perisikan AS (IC), laporan ODNI itu menyatakan beberapa saintis di makmal Wuhan itu telah menjalankan kejuruteraan genetik koronavirus yang serupa dengan Covid-19. Bagaimanapun AS…
Read MoreMonth: June 2023
Kerajaan baharu Thailand bulan depan
BANGKOK: Proses pembentukan kerajaan baharu Thailand dijangka berlangsung bulan depan apabila anggota Parlimen yang memenangi pilihan raya baru-baru ini akan bersidang buat kali pertama pada 3 Julai ini. Satu perintah diraja berhubung sidang itu diterbitkan dalam portal rasmi gazet diraja, semalam. Perintah itu menandakan permulaan pembentukan kerajaan baharu Thailand selepas berakhirnya pilihan raya pada Mei lalu, dengan undian untuk melantik Perdana Menteri baharu dijangka diadakan bulan depan. Sebelum ini pada Isnin lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengesahkan kemenangan di semua 500 kerusi Dewan Rakyat, yang perlu bersidang dalam tempoh awal…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 25.06.2023
Zahid minta pimpinan UMNO tidak layan Pua
SEREMBAN 24 Jun – Ketika beberapa peringkat pimpinan UMNO membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, tampil meminta pemimpin parti itu tidak melayan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid berkata, sekiranya pemimpin UMNO mudah memberi reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan pendirian parti. “Saya telah beritahu, jangan ada reaksi untuk membalas dan sebagainya daripada pihak kita kerana jika isu ditimbulkan dan kita beri reaksi,…
Read MoreDAP ‘tikam belakang’ PH khianati BN?
KUALA LUMPUR 24 Jun – Umpama melafazkan talak tiga kepada kerajaan! Begitulah pandangan MCA berhubung tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai parti rasuah. Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong, yang menyelar tindakan itu turut mempersoalkan sama ada yang disuarakan Pua itu memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mengkhianati BN. Katanya, ia susulan kenyataan Pua yang juga Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP yang turut mengesyorkan PH menang dan mentadbir secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti. “Saya berasa kesal pemimpin seperti…
Read MorePM jelaskan Ambalat, Sebatik belum selesai
SEREMBAN 24 Jun- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat. Beliau menyifatkan sebagai fitnah dakwaan kononnya perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani beliau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu “Ada yang belum selesai (dimeterai) termasuk kawasan disebut Ambalat itu, tapi mereka ‘bingai’. Ambalat itu belum selesai (belum diputuskan). Kawasan di Sabah, Pulau Sebatik pun belum selesai. “Saya katakan dengan Jokowi, kita tandatangan (perjanjian maritim) yang sudah selesai sahaja,” katanya…
Read MoreBerita pilihan…
Loke minta anggota DAP ‘jaga mulut’
KUALA LUMPUR 24 Jun – Semua pemimpin dan anggota DAP diingatkan supaya sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keharmonian hubungan itu amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran. “Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau. Beliau merujuk kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini…
Read MoreTindakan biadab Phua robek keharmonian
KUALA LUMPUR 24 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO menuntut DAP mengambil tindakan tegas terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’. Ketuanya, Dr Akmal Saleh yang membidas kenyataan biadab itu mengingatkan tindakan individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala serta berhenti di tengah jalan. “Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting memastikan nasib dan igauan ngeri orang Melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.” katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan…
Read More