Jemaah Malaysia bergerak ke Arafah

MAKKAH: Kesemua 31,600 jemaah Malaysia memulakan perjalanan kemuncak ibadah haji atau masyair dengan bergerak ke Arafah, hari ini, untuk berwukuf bersama hampir tiga juta umat Islam dari seluruh dunia, esok.

Mereka dibawa secara berperingkat seawal pukul 7 pagi dengan menaiki 21 bas disediakan bagi setiap maktab yang terdiri daripada kira-kira 3,000 jemaah Malaysia.

Terdapat sembilan maktab di 12 bangunan penginapan jemaah Malaysia di Makkah dan setiap bas terbabit melakukan tiga pusingan perjalanan atau ‘trip’ membabitkan jarak 21.9 kilometer (km) sehala dari Makkah ke Arafah.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, petugas haji akan melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua bangunan penginapan dan meronda di dalam Masjidilharam serta kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada jemaah yang ‘tercicir’ dibawa untuk berwukuf.

Kata , jika ada jemaah Malaysia yang dikesan masih tertinggal di Makkah, mereka akan dibawa ke Arafah oleh baki pasukan petugas yang dijadualkan bergerak, esok.

Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan untuk jemaah Malaysia sudah diaktifkan sejak malam tadi lagi dengan 300 petugas haji ‘advance party’ telah berada di Arafah untuk memastikan semuanya dalam keadaan tersedia bagi menyambut p jemaah.

Tabung Haji (TH)  juga sudah menyediakan bilik gerakan di Arafah yang diaktifkan pada pukul 4 pagi in.

“Insya-Allah, ia akan menjadi nadi pergerakan dan operasi kita di Arafah pada musim haji ini,” katanya kepada pemberita di Abraj Al-Janadriyah, Ibu Pejabat TH di Makkah.

Related posts

Leave a Comment