MADINAH : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan 15 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi semalam.
Sesi tersebut berlangsung di Hotel Hilton Madinah selepas Seri Paduka Baginda selesai menunaikan solat Isya’ dan menziarahi makam dan Raudhah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah.
Menurut hantaran Facebook Istana Negara, turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
