Mahmood Zuhdi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 78, meninggal dunia pada pukul 10.20 malam ini. Berita kematian cendekiawan agama dan pendakwah serta pakar rujukan syariah terkemuka tanah air, dimaklumkan pentadbir laman sosial Facebook rasmi beliau. “Innalillahi wa innailaihi rajiun. Untuk makluman, Dato Mahmood Zuhdi baru meninggal dunia jam 10.20 malam tadi. “Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya dalam catatan ringkas yang dikongsi, malam ini. Jenazah akan dimandikan di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) Seksyen…

Read More

PN muktamadkan agihan kerusi 22 Jun

SHAH ALAM 17 Jun – Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) enam negeri yang terbabit Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 22 Jun ini. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata secara keseluruhan pembahagian kerusi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah selesai. “Kita akan memuktamadkan dan materikan (pembahagian kerusi) pada mesyuarat 22 Jun di Ibu Pejabat PN di Kuala Lumpur. Semua yang dirunding akan diselesaikan pada 22 Jun, tidak akan berbangkit apa-apa lagi. “Sekarang boleh dikata dah selesai, cuma nak bagi ruang bincang…

Read More

Label Islamis pandangan haprak – PM

JITRA 17 Jun –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan bahawa kerajaan bersikap Islamis atau cuba menerapkan konsep Islam secara lebih kukuh dalam pentadbiran dengan memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke kementerian lain. Beliau  berkata tuduhan yang dilemparkan segelintir orang bukan Islam itu menunjukkan mereka tidak faham kepentingan mendidik umat Islam mengenai konsep Islam sebenar. Jelasnya, jika umat Islam tidak mendapat kefahaman dalam ajaran Islam yang tepat, adalah dibimbangi berlaku pertembungan antara masyarakat di negara ini yang lebih serius pada masa hadapan. “Disebabkan itu pemimpin mesti dampingi ulama, pemimpin…

Read More

KJ bijak tentukan hala tuju politik

TANJONG 17 Jun – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seorang yang bijak dan cukup pintar dalam membuat pilihan terutama dalam soal menentukan hala tuju politiknya, kata Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, terserah kepada bekas Menteri Kesihatan itu untuk memutuskan sama ada p akan menyokong gabungan parti itu (PN) atau tidak selepas pihaknya mengutarakan harapan p Khairy menyertai PN. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut mengesahkan, beliau sudah menetapkan tarikh dan menerima persetujuan daripada Khairy untuk kedua-dua pihak mengadakan pertemuan minggu depan. “Kami telah menyatakan bahawa kami…

Read More

Tuntutan semula WTD cecah RM3.4 bilion

KUALA LUMPUR 17 Jun –  Jumlah tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD) mencecah RM3.4 billion sehingga 31 Mei lalu dengan bilangan permohonan meningkat dua kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2022. Menurut Kementerian Kewangan (MoF), pertambahan jumlah permohonan itu menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat ke atas wang tak dituntut. Baki WTD sehingga 31 Mac lalu berjumlah RM11 billion dan sehingga 31 Mei berjumlah RM11.5 billion manakala serahan WTD yang diterima pada 2023 sehingga 31 Mei adalah RM1.3 bilion, meningkat 18 peratus berbanding tempoh sama 2022. MoF memberi penjelasan berkenaan dalam…

Read More

“Kalih Bagi Sama” tidak songsang

ALOR SETAR 17 Jun – “Di mana songsangnya?”, tanya Pengerusi UMNO Kedah Mahdzir Khalid sebagai menjawab dakwaan kempen ‘Kalih Bagi Sama’ yang dilancarkan PH-BN sebagai songsang dan bertentangan amalan demokrasi. Bekas Menteri Besar Kedah itu menafikan dakwaan bertindak songsang dan melanggar amalan demokrasi di negara ini, apabila melancarkan kempen ‘Kalih Bagi Sama’ sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Katanya , kempen itu hanya sebahagian kempen gabungan BN dan PH dalam usaha menawan kembali pengundi di negeri berkenaan. Jelasnya, kempen itu juga adalah tawaran gabungan itu kepada rakyat Kedah yang…

Read More

PN muktamadkan kerusi Rabu depan

MARANG 17 Jun –  Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang pada Rabu ini, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin, Beliau berkata perbincangan mengenai agihan kerusi itu sudah diadakan beberapa kali dan setakat ini, terdapat beberapa kerusi yang belum diselesaikan. Ahli Parlimen Larut itu berkata, persidangan Majlis Presiden pada minggu depan akan menyelesaikan sebarang isu yang ada, seterusnya memuktamadkan jumlah agihan kerusi dalam parti komponen PN. “Majlis Presiden akan bersidang pada minggu depan untuk tandatangan (dan selepas itu) tidak ada lagi (perbincangan),…

Read More