KJ bijak tentukan hala tuju politik

TANJONG 17 Jun – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seorang yang bijak dan cukup pintar dalam membuat pilihan terutama dalam soal menentukan hala tuju politiknya, kata Muhyiddin Yassin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, terserah kepada bekas Menteri Kesihatan itu untuk memutuskan sama ada p akan menyokong gabungan parti itu (PN) atau tidak selepas pihaknya mengutarakan harapan p Khairy menyertai PN.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut mengesahkan, beliau sudah menetapkan tarikh dan menerima persetujuan daripada Khairy untuk kedua-dua pihak mengadakan pertemuan minggu depan.

“Kami telah menyatakan bahawa kami berharap dia (Khairy) akan melakukannya (menyertai PN) tetapi terserah kepada beliau (untuk membuat keputusan).

Dia seorang yang bijak dan cukup pintar untuk membuat pilihan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Semalam, Khairy dilihat menyertai perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Khairy menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikannya, turut menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berhubung pelawaan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan serbuan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) ke rumah Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan tindakan itu bermotif politik.

Bekas Perdana Menteri itu turut berpandangan, perbuatan mengambil tindakan secara unilateral atau berat sebelah untuk politik sebagai tidak adil.

“Saya rasa begitu (bermotif politik) (kerana) tidak ada sebab mengapa. Nampaknya tumpuan sentiasa tertumpu kepada Bersatu, Pas…dalam kes saya juga, semuanya bermotifkan politik,” katanya.

Related posts

Leave a Comment