KKM jamin tiada kenaikan fi sewenang-wenangnya

KKM jamin tiada kenaikan fi sewenang-wenangnya KUALA LUMPUR: Kadar fi rendah di klinik dan hospital kerajaan tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya hingga memberi kesan pada golongan tidak berkemampuan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Beliau memberi jaminan langkah penstrukturan semula kadar fi di fasiliti penjagaan kesihatan awam yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan  itu tidak akan dilaksanakan dengan kadar segera. Sebaliknya, beliau memaklumkan cadangan itu akan diteliti secara rapi dan telus serta membabitkan libat urus dengan semua pihak berkepentingan, sebelum dipertimbang untuk dilaksanakan. “Paling penting ialah memastikan rakyat, terutama golongan tidak…

Read More

Kedah cadang bubar DUN 28 Jun

ALOR SETAR 15 Jun –  Kerajaan negeri akan menyembahkan cadangan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 28 Jun ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak bersama lima lagi negeri lain. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau akan menyembah maklum ke atas Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah, bagi mendapatkan perkenan baginda pada 25 Jun ini. Katanya, pemilihan tarikh 28 Jun itu dibuat bersempena hari Wukuf di Arafah bagi umat Islam yang menunaikan fardu haji, yang membawa maksud sebagai ‘berhenti’. “Bubar DUN saya kena dapat perkenan…

Read More

4 tonggak, 15 strategi Kertas Putih Kesihatan

KUALA LUMPUR 15 Jun – Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mengusulkan empat tonggak dan 15 strategi utama untuk mereformasi sistem kesihatan negara secara sistematik dalam tempoh 15 tahun akan datang. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, yang membentangkan kertas putih itu berkata,  tonggak dan strategi reformasi dalam kertas putih itu adalah berpandukan pada lima aspirasi kesihatan yang dimahukan rakyat. Katanya, ia adalah hasil libat urus kementerian bersama 847 agensi dan 7,729 wakil antara Mac tahun lalu hingga bulan ini. Menurut Dr Zaliha, libat urus itu mendapati…

Read More

Judi dalam talian dinaungi pemimpin politik

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi oleh pemimpin politik, kata Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, elemen berkenaan menjadi kekangan terbesar kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta kerajaan secara keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan itu. “Ya memang wujud elemen naungan politik ke atas pengendali judi dalam talian dan saya sahkan. “Dari situ wujudnya pengaruh dan perlindungan, dari situ juga datangnya rasuah dan sogokan,… tipis kehendak politik untuk mengadakan dan memperbaharui tekad untuk memerangi perkara ini habis-habisan, jadi pusingannya adalah pemain dinaungi dan…

Read More

700,000 isi rumah dapat manfaat perubatan

PUTRAJAYA 15 Jun –  Sebanyak 700,000 isi rumah akan mendapat manfaat Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Disember 2023 dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM100 juta, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata penerima manfaat termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang berpeluang mendapatkan beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, skim dilaksanakan secara rintis di 10 daerah itu, memperuntukkan RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan (RM125) dan bujang (RM75). Sepuluh daerah…

Read More

“Kita kalih bagi sama”

KUALA LUMPUR 15 Jun – “Hasrat Kedah dan hasrat Kerajaan Persekutuan (meningkatkan hasil padi) itu sama, jadi biarlah kita kalih bagi sama,” begitulah harapan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, usaha untuk meningkatkan hasil padi di Kedah bagi mengurangkan kebergantungan pada beras import akan lebih mudah jika pentadbiran kerajaan negeri itu sama dengan Kerajaan Persekutuan. Beliau merujuk pada perbezaan pentadbiran antara Kedah yang kini ditadbir Perikatan Nasional (PN), dan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir gabungan beberapa parti utama dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan. Sambil memberi…

Read More

Kos enam PRN dianggarkan RM420 juta

KUALA LUMPUR 15 Jun –  Kos bagi melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dianggarkan sebanyak RM420 juta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),  Azalina Othman Said berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian). Tuan Ibrahim meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos yang dijangka dibelanjakan PRN di enam negeri. Menjawab soalan sama ada kerajaan akan memastikan kemudahan kerajaan tidak disalahgunakan oleh parti pemerintah untuk tujuan kempen PRN, Azalina berkata semua…

Read More

Tasik Chini kekal Tapak Rizab Biosfera.

KUALA LUMPUR 15 Jun – Mesyuarat Majlis Penyelarasan Antarabangsa ‘Man and the Biosphere’ (ICC-MAB) ke-35 di Paris, Perancis, semalam. mengekalkan status Tasik Chini di Pahang sebagai Tapak Rizab Biosfera. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata, mesyuarat mendapati semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Kerangka Statutori Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) dan syor Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa mengenai Rizab Biosfera (IACBR) dengan mengambil kira usaha diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan. “Ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik…

Read More

KWSP lulus RM835 juta FSA2

KUALA LUMPUR 15 Jun – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan RM835.4 juta bagi bayaran Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) membabitkan 40,196 permohonan setakat 26 Mei lalu. Menurut Kementerian Kewangan (MoF) daripada jumlah yang diluluskan sejak permohonan dibuka pada 7 April lalu, sebanyak RM790.8 juta disalurkan melalui MBSB Bank Bhd manakala RM44.6 juta menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN). Dalam jawapan bertulis kepada soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis), MoF menjelaskan, bagi permohonan tidak layak pula, kebanyakannya adalah disebabkan pemohon tidak mencapai syarat kelayakan seperti permohonan tidak lengkap, di…

Read More