Andalusia Travel, Turkish Airlines meterai perjanjian

KUALA LUMPUR 14 Jun – Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) menawarkan 7,000 tempat jemaah umrah dan pelancong ke Turkiye melalui Turkish Airlines bagi musim umrah 1444 H (2023/2024) yang bermula Julai ini. Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris, berkata, pihaknya sekali lagi memilih Turkish Airlines sebagai syarikat penerbangan umrah melalui Perjanjian Penerbangan yang bernilai RM29 juta. Katanya, jalinan kerjasama dengan Turkish Airlines (Singapura) bermula pada tahun 2010 dan selepas itu dengan Turkish Airlines Malaysia mulai 2013 sehinggalah sekarang. “Hasil kerjasama lebih 13 tahun ini,…

Read More

148 tahun tunggu giliran tunai haji

MAKKAH: Tempoh menunggu untuk menunaikan ibadah haji bagi pendeposit yang baharu mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) kini meningkat kepada 148 tahun, kata Pengarah Eksekutif Haji TH,  Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, berkata mereka adalah sebahagian daripada 3.8 juta bakal jemaah di Malaysia yang sedang menanti tawaran untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Justeru, Syed Saleh mengajak jemaah haji negara pada musim 1444H/2023M untuk sama-sama bersyukur kerana terpilih dalam kalangan jutaan umat Islam yang beratur panjang untuk menjadi ‘tetamu’ Allah SWT di Tanah…

Read More

Sulu: Polis mula siasatan kesalahan sabotaj

KUALA LUMPUR 14 Jun –  Polis sudah memulakan siasatan terhadap pihak yang membuat tuntutan, penimbang tara, peguam serta pihak berkaitan tuntutan Kumpulan Sulu yang kini disiasat mengikut Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, tibdakan yang akan diambil adalah berasaskan undang-undang dan tiada sebarang penindasan terhadap mana-mana pihak. Beliau juga menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jenayah terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberi sokongan, bantuan secara langsung dan tidak langsung serta bersekongkol dengan pihak yang membuat tuntutan ke atas Sabah seperti yang…

Read More

UMNO harap Kongres Ekonomi Melayu cetus idea baharu

PUTRAJAYA 14 Jun – Kongres Ekonomi Melayu yang bakal dianjurkan oleh sayap Pemuda dan Puteri UMNO diharap dapat mewujudkan resolusi untuk penambahbaikan pelan ekonomi yang menyeluruh. Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berharap, kongres dapat melontarkan pelbagai idea baharu dan di luar kotak bagi mempertingkatkan kekuatan ekonomi Melayu dan menangani ketaksamaan ekonomi tersebut. “Resolusi dan pelan ekonomi ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan,” katanya dalam perkongsian di Facebook. Menurut Ahmad Zahid, walaupun negara berjaya mengurangkan kemiskinan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi…

Read More

DUN Kelantan bubar 22 Jun

KOTA BHARU 14 Jun – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 akan datang. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan perkara tersebut selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan. “Hari ini saya membuat pengisytiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 selepas saya menghadap Sultan Kelantan bagi memohon perkenan pembubaran DUN mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan bahawa Sultan boleh membubarkan DUN. “Justeru, Sultan Kelantan perkenan…

Read More

Hari Bapa bertemakan “Terima Kasih Ayah”

PUTRAJAYA 14 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan kepada lima nilai pengkayaan keluarga sempena sambutan Hari Bapa bertemakan ‘Terima Kasih Ayah’ yang akan disambut Ahad ini. Tumpuan itu membabitkan kasih sayang, akhlak, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni atau singkatannya KASIH. KPWKM dalam kenyataan memaklumkan, nilai terbabit adalah teras perlu ada dalam keluarga yang mana ia menjadi peranan utama didukung oleh seorang ayah. “Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi…

Read More