Perkongsian Adex bersama media konvensional

IPOH 28 Mei –  Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti permintaan industri media tempatan supaya membantu mendapat semula hasil perbelanjaan pengiklanan (Adex) yang ketika ini dibolot secara tidak adil oleh syarikat gergasi teknologi antarabangsa. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata, langkah itu bagi memastikan Adex dikongsi kepada media konvensional di Malaysia bagi memastikan media tempatan dan pekerja mereka, termasuk wartawan boleh terus bekerja. Pada masa sama industri media tempatan juga kekal relevan serta tidak tertekan sehingga terpaksa ditutup kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi tetapi pendapatan terus merosot.…

Read More

“Jangan perasan, itu cerita zaman bila”

SEPANG 28 Mei – Jangan nak perasan” kata Presiden UMNO  Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pula bertanya Presiden Pas, Abdul Hadi Awang “itu cerita zaman bila”. Dua pemimpin itu mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa ada pihak dalam kerajaan menghubunginya untuk berjumpa bagi menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, seeloknya Pas terus bersama Bersatu dan sekutu lain dalam Perikatan Nasional (PN). “Saya rasa eloklah mereka (Pas) terus berkawan dengan Bersatu. Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi),”…

Read More

Wartawan bukan sekadar ‘perakam’

IPOH 28 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mahu wartawan sekadar menjadi perakam detik, sebaliknya menjadikan profesion itu pencetus idea berteraskan nilai. Mengambil contoh MADANI yang ditunjanginya, Anwar berkata, antara nilai yang digariskan dalam pendekatan itu adalah demokrasi dan bukannya fahaman sempit. “Kita nak terapkan nilai bukan fahaman sempit yang boleh melemahkan dan mematikan semangat dan boleh memecahbelahkan rakyat. “Jadi pembentukan nilai dan MADANI itu penting, ini (MADANI) istimewa dan unik kerana menekankan nilai dan akhlak itu mendasari pemikiran, pembangunan, kebebasan kewartawanan dan lain lain, jadi saya gesa rakan-rakan…

Read More

PM umum RM1 juta Tabung Kasih @ HAWANA

IPOH 28 Mei –  Perdana Menteri  Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan permulaan RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 Ia bagi menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan. Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup. Anwar turut menyampaikan sumbangan daripada tabung berkenaan kepada tiga wartawan veteran di Perak iaitu bekas pemberita bebas Ou So Ha @…

Read More

Industri kewartawanan bebas sepenuhnya

IPOH 28 Mei –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan industri kewartawanan negara bebas sepenuhnya dari sebarang bentuk pengaruh dan tekanan atau campur tangan mana-mana pihak khasnya kerajaan. Beliau  menegaskan kesediaan menerima segala kritikan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan termasuk yang membabitkan dirinya. Media bagaimanapun katanya perlu mengelak daripada mengeluarkan unsur-unsur yang mengungkit permusuhan kaum dan agama. “Syukur Alhamdulillah dengan perubahan, masa dan juga iklim politik. saya dan rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan sekarang membuat keputusan sangat jelas bahawa media di Malaysia harus bebas sepenuhnya. “Kita bersedia dengan hujah kalau…

Read More