Lebih 18,000 hadir Majlis Ilmu Madani

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu institusi masjid di negara ini menjadi pangkalan ibadah dan pusat ilmu, bagi mengangkat martabat dan darjat umat Islam. Perdana Menteri berkata, ia juga adalah maksud sebenar dan asas sebuah negara Madani, iaitu meletakkan semua dasar, termasuk pendidikan dan ekonomi dengan semangat ihsan, berakhlak serta amanah. Pada masa sama, beliau menjelaskan, umat Islam juga harus menyantuni rakan bukan Islam sebagai keluarga yang boleh hidup bersama-sama secara aman dan penuh hikmah. “Semangat dan nilai yang dipupuk, akhlak yang ditekankan, ihsan dan rahmah itu akan menjadikan Malaysia…

Read More

Tidak kata siasatan dihenti atau digugurkan”

KUALA LUMPUR 26 Mei –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),  Azalina Othman Said, menegaskan beliau tidak menyatakan siasatan berhubung isu Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat judi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dihenti atau digugurkan. Sebaliknya, beliau menjelaskan jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam hanya menyatakan bahawa tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang diperoleh setakat ini adalah bersifat umum. Katanya, SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali tentu sekali berhak menjalankan siasatan berkaitan dan membuka…

Read More

PN tuntut PM mohon maaf

Dakwaan dana syarikat judi, KUALA LUMPUR 26 Mei – Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan dengan peguam langkah yang akan diambil terhadap kenyataan Perdana Menteri dan timbalannya berhubung dakwaan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berhubung dakwaan itu adalah fitnah, suatu pembohongan dan tuduhan serius. “Insya-Allah kita akan teliti dan yang penting …yang pertama, kita akan tuntut supaya mereka memohon maaf. Ini satu…

Read More

Episod lompat parti berakhir di Sabah

KOTA KINABALU 26 Mei – Tiada lagi episod lompat parti di Sabah kecuali yang sanggup hilang kerusi selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti. RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) itu diluluskan kira-kira pukul 7 malam tadi selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN yang hadir dengan seramai 13 ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan. Keputusan itu selepas dua pengundian belah bahagian untuk Fasal 2 berkaitan pindaan Perkara 6 Perlembagaan Sabah dan pengundian bacaan kali ketiga RUU larangan bertukar parti.…

Read More

Gunung Sinsing ketiga tertinggi

SANDAKAN 26 Mei –  Gunung Sinsing di Tambunan disahkan sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan Gunung Trus Madi, yang kesemuanya terletak di Sabah. Jabatan Perhutanan Sabah melalui ekspedisi sekumpulan penyelidik baru-baru ini secara rasminya sudah mengukur ketinggian Gunung Sinsing dan mendapati ketinggian puncak gunung itu ialah 2,586 meter (m) dari aras laut. Untuk rekod ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,095m manakala Gunung Trus Madi 2,642m. Dalam kenyataan semalam jabatan itu memaklumkan, penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok bersama wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan menggunakan peralatan penerima…

Read More