“Jadikan India, Malaysia iktibar”

RAKYAT Malaysia diminta menjadikan lonjakan kes Covid-19 di India sebagai iktibar, manakala pemerintah Indonesia pula meminta rakyatnya mengambil iktibar dari Malaysia dan India supaya ‘kesilapan’ tidak berlaku di negara itu.

Negara jiran Itu dilapor menyifatkan kenaikan kes mendadak Covid-19 di Malaysia dan India sebagai satu pengajaran agar rakyatnya berwaspada dan kekal berada di rumah.

Melalui satu perkongsian di Twitter, Kementerian Kesihatan negara itu memberi nasihat agar warganya belajar daripada apa yang berlaku di Malaysia dan India menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut perkongsian itu “ #Healthies, saat ini 3 varian baru COVID-19 yakni varian B.1.1.7, varian B.1.3.5.1 dan varian B.1.6.1.7 telah ditemukan di Indonesia.

“Ketiga varian ini diperkirakan lebih cepat menular dibandingkan varian sebelumnya. Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengonfirmasi kenaikan kasus seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama. Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesehatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak.

“Mari kita rayakan lebaran dengan melakukan aktivitas ibadah dan bekerja di rumah saja, tunda mudik demi keselamatan keluarga di rumah.

Salam sehat.”

Ciapan itu turut berkongsikan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Siti Nadi Tarmizi yang memberitahu antara faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baharu.

Justeru itu, beliau menyeru rakyatnya untuk kekal berada di rumah dan tidak mengadakan perjalanan pulang ke kampung.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan

supaya rakyat negara ini menjadikan tsunami Covid-19 di India sebagai pengajaran, dan tidak mengambil mudah dengan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19, yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, situasi yang berlaku di India ketika ini adalah berikutan keputusan kerajaan negara tersebut pada 7 Mac lepas, yang melonggarkan sekatan pergerakan rakyatnya selepas berjaya mengawal jangkitan wabak itu.

Berikutan pengumuman itu, ramai rakyat India sudah tidak mematuhi SOP, apabila kelonggaran diberikan. Perhimpunan berlaku di pantai, di upacara keagamaan dan majlis perkahwinan.

Related posts

Leave a Comment