KUALA LUMPUR 25 Mei – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menerima sumbangan daripada dana syarikat judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut. “Walau bagaimanapun SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. SPRM menjalankan kajian terperinci mengenai dakwaan itu dan mendapati maklumat yang diterima terlalu umum serta tiada pihak boleh mengesahkannya. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan…
Read MoreDay: May 25, 2023
Kos promosi Malaysia Madani RM7.4 juta
KUALA LUMPUR 26 Mei – Kos perbelanjaan terkini bagi program Malaysia Madani termasuk pengiklanan dan promosi adalah sebanyak RM7.4 juta, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali. Beliau berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu terutamanya kos pemasangan papan iklan menggunakan peruntukan pentadbiran kerajaan terdahulu. Katanya, secara perbandingan, jumlah perbelanjaan yang pernah diperuntukkan untuk usaha promosi agenda nasional seperti Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) adalah sebanyak RM62 juta. Seperti sedia maklum, Malaysia Madani merupakan agenda nasional yang didukung oleh pentadbiran dan kerajaan…
Read MoreUlama harus tegur kerajaan dengan ikhlas
SHAH ALAM 25 Mei – Kerajaan sedia mendengar teguran ulama selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum. “Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya. Beliau berkata…
Read MoreBahas kalimah Allah secara tertutup
SHAH ALAM 25 Mei – Isu kalimah Allah tidak seharusnya menjadi perkara yang dibahaskan secara terbuka kerana dikhuatiri mencetuskan persoalan yang menimbulkan keraguan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas Perdana Menteri, pendirian kerajaan untuk menarik balik semula rayuan terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain selepas perkara berkenaan dirujuk mufti-mufti serta Raja-Raja Melayu. “Maksudnya, umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. “Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang…
Read MoreDalam teguran ada sindiran
KUALA LUMPUR 25 Mei – Ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat berikutan hanya ada dua Rang Undang-Undang (RUU) dalam aturan mesyuarat. Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai RUU lain untuk dibentangkan dalam tempoh tujuh hari persidangan akan datang kerana ketika ini hanya ada dua RUU. RUU tersebut melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 bagi…
Read MoreMujahid dilantik Senator
IPOH 25 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, yang juga Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini. Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad membawa usul pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama itu dan disokong Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja). Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan disebabkan Mujahid merupakan calon tunggal yang dikemukakan kepada Setiausaha DUN, maka Mujahid diumumkan sebagai Ahli Dewan Negara tanpa proses pengundian. Saarani, ketika mencadangkan nama Mujahid,…
Read MoreTiga pengamal media baca khutbah di Perak
IPOH 25 Mei – Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) tahun ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memberi peluang dan penghormatan kepada pengamal media membaca Khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri ini esok . Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar Zaini, dalam satu kenyataan, berkata Sultan Nazrin menitahkan agar Khutbah Jumaat di negeri Perak esok bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.” Beliau berkata, peluang itu diberikan sebagai mengiktiraf peranan penting wartawan kepada negara. “Jabatan Penyiaran Negeri Perak serta Persatuan Pengamal Media…
Read MoreBerita pilihan…
Tiga kali tukar menteri, bajet bertukar, latihan terhenti
KUALA LUMPUR 25 Mei – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mendakwa seramai 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan kerana tiada peruntukan khusus untuk program latihan senior di bawah program podium berikutan ketidakstabilan politik negara. Beliau memberitahu, dalam tempoh empat tahun, berlaku tiga pertukaran menteri yang menyebabkan pertukaran bajet, fokus dan ahli lembaga pengarah. Katanya, dalam butiran Bajet 2022 yang dibentangkan pada Oktober 2021, tidak dinyatakan peruntukan untuk program podium 2022 menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama bagi 2022 antaranya…
Read MoreHanya individu layak dilantik ALP – Anwar
KUALA LUMPUR 25 Mei – Hanya individu yang berkelayakan dilantik menerajui Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau memberitahu, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) BBP dan syarikat MKD bukan sekadar mengisi jawatan, sebaliknya disuaipadan berdasarkan keperluan setiap institusi itu, dengan mengambil kira latar belakang dan kebolehan seseorang individu daripada pelbagai sudut. Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata Pengerusi dan ALP dalam BBP dan syarikat MKD dilantik berdasarkan kemampuan, kepelbagaian latar belakang dan kepakaran bersesuaian. Di samping itu ia juga…
Read More