KOTA KINABALU 23 Mei – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semakin kukuh apabila seorang lagi wakil rakyat menyertai gabungan itu menjelang pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim, yang mengumumkan meninggalkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Ahad lalu, hari ini diterima sebagai ahli langsung GRS. Penyertaan bekas Timbalan Presiden KDM itu disahkan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun melalui satu kenyataan, petang ini. “Bekas Timbalan Presiden KDM, Datuk Juil Nuatim diterima sebagai ahli langsung GRS.…
Read MoreDay: May 23, 2023
Sakit mental dikecualikan bankrap
KUALA LUMPUR 23 Mei – Pesakit mental dan individu berusia 70 tahun ke atas antara golongan yang dikecualikan daripada status bankrap. Ia dua kategori baharu yang dicadangkan menerusi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Transformasi Institusi), Azalina Othman Said,, berkata pelepasan itu dicadang melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) tanpa melalui bantahan pemiutang. Katanya, Fasal 8 memperuntukkan pindaan ke atas subseksyen 33B(2A) dengan memasukkan perenggan bagi menambah dua kategori berkenaan. Dua kategori itu adalah bankrap yang tidak mampu menguruskan…
Read MoreDewan Pemuda anggap prosedur biasa
KOTA BHARU 23 Mei – Ketika Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Exco kerajaan enggan mengulas berhubung sagu hati Aidilfitri, Dewan Pemuda Pas Kelantan tampil ‘mempertahankan’ isu itu dengan menyifatkan ia adalah prosedur biasa. Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed, berkata ia sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan dasar kepada pihak pengurusan. “Apatah lagi sebahagian besar lantikan ahli lembaga pengarah iaitu tujuh daripada sembilan orang adalah anggota profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti. “Kita mengambil maklum sebaran yang…
Read MoreUmrah: 600 individu bawa kes ke mahkamah
PUTRAJAYA 23 Mei – Sekumpulan lebih 600 individu yang mendakwa menjadi mangsa kegagalan sebuah syarikat pengendali pelancongan membawa mereka ke Tanah Suci, akan memfailkan tuntutan di mahkamah bulan depan. Kumpulan berkenaan sudah menubuhkan jawatankuasa bertindak menguruskan tuntutan mereka termasuk melantik peguam untuk urusan mahkamah supaya bayaran umrah yang sudah dibayar penuh, dikembalikan. Ketua jawatankuasa itu, Rusman Abu Samah, berkata pihaknya kini dalam proses mengumpul resit dan bukti pembayaran melalui bank daripada mangsa terbabit bagi memudahkan proses tuntutan. Katanya, berdasarkan data diperoleh hingga semalam, 157 ketua keluarga sudah menyerahkan bukti pembayaran…
Read MoreSesi persekolahan kembali pada Januari mulai 2026
KUALA LUMPUR 23 Mei – Sesi persekolahan baharu yang bermula setiap Januari akan kembali seperti biasa mulai 2026, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025. Sebelum ini, susulan pandemik Covid-19, sesi persekolahan bermula pada Mac sejak tahun lalu Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Aminolhuda Hassan (PH-Seri Gading) mengenai bila sesi persekolahan baharu akan kembali dimulakan pada Januari. KPM sebelum ini memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari,…
Read MoreTerima menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi
KUALA LUMPUR 23 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Negara. Sheikh Khaled, yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, tiba pada pukul 11.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira 30 minit di Istana Negara. Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pada sesi menghadap itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (Kehormat) kepada Sheikh Khaled…
Read MoreKalimah Allah : Kemas kini dibentang Julai ini
KUALA LUMPUR 23 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes kalimah ‘Allah’ di mahkamah tidak merujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu. Katanya, dakwaan sedemikian tidak sepatutnya timbul dengan keputusan dalam kes Jill Ireland Lawrence Bill lawan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terikat keputusan Majlis Raja-Raja Melayu yang menyatakan nama ‘Allah’ tidak boleh digunakan di Semenanjung dengan kelonggaran secara bersyarat kepada Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, Peguam Negara sudah meneliti dan melihat kes ini, khusus dari segi pentadbiran tidak membabitkan kalimah ‘Allah’ kerana…
Read MoreBerita pilihan…
RCI siasat buku Tommy Thomas belum wujud
PETALING JAYA 23 Mei – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tommy Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness” belum ditubuhkan walaupun penubuhannya dipersetujui pada 11 Januari lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata, persetujuan penubuhan RCI bagi meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan kehakiman dan perundangan negara. “Perkara ini dalam perincian dan tindakan lanjut oleh pihak BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum diangkat ke Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Che…
Read MoreVaksin kolera berkurangan
LONDON: Pakatan vaksin global menjangkakan kekurangan vaksin kolera akan berlarutan sehingga tahun 2025 sekiranya wabak itu meningkat di seluruh dunia. Perikatan Gavi, sebuah badan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada vaksinasi kanak-kanak, berkata pada masa ini terdapat dos yang mencukupi untuk memenuhi permintaan kecemasan tetapi bukan untuk kegunaan pencegahan. Gavi berkata, 48 juta dos vaksin sudah digunakan dalam tempoh dua tahun lalu, 10 juta lebih banyak berbanding keseluruhan dekad sebelumnya. Setakat ini, hanya lapan juta daripada 18 juta dos yang diminta, disediakan pada 2023. Bekalan akan bertambah baik menjelang 2026, apabila…
Read More