PUTRAJAYA 19 Mei – Pejabat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membuat laporan polis berhubung tuduhan palsu, kebocoran maklumat sulit kerajaan dan fitnah, berkaitan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB). Dalam satu kenyataan malam tadi, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan dibuat atas beberapa akaun Facebook, TikTok dan Telegram. Tuduhan yang tular itu merupakan fitnah terhadap menteri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung projek berkenaan yang mendakwa kononnya projek RTB diluluskan tanpa melalui proses dan tatacara yang teratur. “Ini…
Read MoreDay: May 19, 2023
UMNO sila pangkah calon Kerajaan Perpaduan
SHAH ALAM 19 Mei – Pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) diminta memangkah calon Kerajaan Perpaduan termasuk dari DAP demi mengukuhkan kerajaan sekarang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata apabila ahli UMNO sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka ahli hendaklah mengikut disiplin parti. “Disiplin parti itu memastikan arahan parti dituruti… memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya ialah bukan (undi) atas nama parti atau DAP tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan. “Kerajaan Perpaduan ini titah Yang di-Pertuan Agong apabila Parlimen negara…
Read MoreKalimah Allah : Putra hantar nota watikah
KUALA LUMPUR 19 Mei – Parti Putra menyerahkan nota watikah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon campur tangan baginda berhubung kalimah Allah. Tindakan itu dibuat selepas Putra kecewa dengan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung keputusan menarik balik rayuan berkaitan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab dalam penerbitan agama Kristian. Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, kenyataan pemimpim kerajaan ini sangat dangkal dan bercelaru serta tidak bertepatan dengan keputusan mahkamah sebelum ini. “Bayangkan jika perkara…
Read MoreAzwan Bro Pengerusi HDC
KUALA LUMPUR 20 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, dilantik sebagai Pengerusi Halal Development Corporation (HDC). Melalui Facebook HDC semalam, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja HDC mengucapkan tahniah dan berharap Khairul Azwan dapat membantu meningkatkan prestasi industri halal negara. “Sekalung tahniah buat Encik Khairul Azwan Harun atas pelantikan sebagai Pengerusi Halal Development Corporation (HDC). “Semoga dengan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman Encik Khairul Azwan, tadbir urus HDC dapat diperkukuhkan dan kontribusi dapat diberikan pada peningkatan daya saing industri halal di…
Read MoreEnam juta kenderaan masuk KL setiap hari
PUTRAJAYA 19 Mei – Sebanyak enam juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap hari, yang menjadi punca utama aliran trafik di ibu negara sesak teruk, khususnya ketika waktu puncak, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, jumlah itu bersamaan dengan 85 peratus pengguna jalan raya yang bergantung penuh pada kenderaan sendiri, berbanding hanya 15 peratus atau sekitar sejuta penumpang yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari. Katanya, kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati terdapat purata enam juta kenderaan bergerak dalam Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam, tidak termasuk lagi kawasan sekitar…
Read MoreBerita pilihan…
DUN Pulau Pinang bubar Jun
TANJONG 19 Mei – Kerajaan Pulau Pinang berpegang dengan perancangan asal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu ketiga atau keempat Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata ia sejajar dengan ketetapan antara enam negeri yang bersetuju membubarkan DUN dalam tempoh sama bagi mengadakan PRN secara serentak. Beliau berkata, keenam-enam negeri ada persetujuan membubarkan DUN dalam lingkungan dua minggu terakhir Jun dan setiap negeri ada pertimbangan masing-masing menjelang tempoh mandat DUN berkenaan berakhir pertengahan tahun ini. “Ini kerana ada acara…
Read MorePelan tindakan atasi masalah penipuan umrah
KUALA LUMPUR 19 Mei – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membangunkan ‘blueprint’ berkaitan industri umrah serta menilai semula penggredan pengendali agensi, sekali gus mampu menyelesaikan masalah penipuan umrah di negara ini. Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata industri pelancongan di negara ini banyak ketinggalan dalam pelbagai aspek terutamanya berkaitan akta untuk mempertahankan pengendali atau jemaah. “Kita akan lakukan langkah penambahbaikan dalam industri pelancongan, pertamanya kita akan lihat kembali akta dan kedua, pihak kita sedang membangunkan blueprint berkaitan umrah. “Kedua-dua perkara ini sangat berkait…
Read More