KUALA LUMPUR 3 April – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengumumkan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di negara ini, dilanjutkan sehingga 15 tahun mulai hari ini.
Langkah pelanjutan usia itu selari hasrat Kementerian Pengangkutan yang mahu melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambah baik sistem pengangkutan negara.
Agensi itu berkata, had usia teksi dan e-hailing itu diguna pakai bagi kedua-dua kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Labuan Labuan dengan mematuhi tiga syarat iaitu:
Perlanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.
Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Puspakom.
Mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri ini terjamin,” katanya.
APAD berharap, peserta industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang mampu dijadikan mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti.
Katanya, sebarang pertanyaan lanjut mengenai syarat perlanjutan had usia ini boleh didapati di laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD yang berhampiran.
