PUTRAJAYA 3 April – Kementerian Kewangan mengumumkan, sebanyak 8.7 juta golongan B40 akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang akan disalurkan secara berperingkat mulai Rabu ini. Pembayaran STR Fasa 2 itu yang membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1.26 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR. Menurut kenyataan Kementerian itu, kategori isi rumah yang membabitkan empat juta penerima akan menerima bayaran RM200, manakala 1.2 juta warga emas dan 3.5 juta penerima bujang akan menerima RM100. Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah…
Read MoreDay: April 3, 2023
RUU mansuh hukuman mati mandatori lulus
KUALA LUMPUR 3 April – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 selepas dibentang, kemudian dibahas 10 Ahli Parlimen. RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh. Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 adalah suatu akta “omnibus” kerana merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman…
Read More12 Ramadhan..
Bohong: Tiga ahli Parlimen direhat satu jam
KUALA LUMPUR 3 April – Istilah bohong yang mencetuskan perbalahan dan suasana tegang di Dewan Rakyat menyebabkan tiga Ahli Parlimen diarah keluar dari dewan, sekurang-kurangnya selama sejam. Ketiga-tiga Ahli Parlimen terbabit ialah Awang Hashim (PN-Pendang), Shahidan Kassim (PN-Arau) dan RSN Rayer (PH-Jelutong). Pertikaman lidah itu tercetus apabila Awang mendakwa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berbohong mengenai keluasan tanah rizab di Kedah. Ia mengakibatkan ramai Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mencelah bagi menerangkan maksud sebenar istilah bohong, termasuk mengetengahkan makna dinyatakan dalam…
Read MoreNikotin : Tindakan gopoh dan semberono
KUALA LUMPUR 3 April – Keputusan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 adalah tindakan secara gopoh dan semberono, kata Ahli Parlimen PN Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. Katanya , Akta Racun 1952 adalah satu-satunya kawalan untuk mengawal produk vape di pasaran. “Saban tahun industri vape berleluasa dalam negara tanpa mekanisme kawalan yang spesifik, satu-satunya kawalan adalah Akta Racun, itu pun hanya terhad kepada cecair vape yang mengandungi nikotin. “Sekarang yang satu ini pun dibuang, apakah mekanisme yang tinggal,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) 2023 bacaan kali kedua di…
Read MoreHad usia teksi, e-hailing 15 tahun
KUALA LUMPUR 3 April – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengumumkan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di negara ini, dilanjutkan sehingga 15 tahun mulai hari ini. Langkah pelanjutan usia itu selari hasrat Kementerian Pengangkutan yang mahu melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambah baik sistem pengangkutan negara. Agensi itu berkata, had usia teksi dan e-hailing itu diguna pakai bagi kedua-dua kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Labuan Labuan dengan mematuhi tiga syarat iaitu: Perlanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang mencapai had…
Read MoreKWSP : Pinjaman bank dibuka 7 April
KUALA LUMPUR 3 April – Pencarum KWSP berusia 40 hingga 50 tahun, perlu mempunyai tabungan berjumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing sebagai syarat layak membuat pinjaman bank mulai 7 April ini. Mereka yang berhasrat membuat pinjaman itu, boleh melayari sesawang, https://fsa2.kwsp.gov.my bermula 5 April, bagi menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon. Setakat ini dua buah bank tempatan menyediakan kemudahan pinjaman berkenaan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4-5 peratus, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa…
Read MoreBerita pilihan…
KWSP: Wakil Rakyat PN keluar Dewan
KUALA LUMPUR 3 April – Hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar gagal apabila Dewan Rakyat menolak usul berkaitan. Berikutan penolakan usul yang dibawa pada permulaan sesi Dewan Rakyat pagi ini, suasana kecoh dan diikuti hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan. Terdahulu, Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. Wan Ahmad Fayshal berkata, usul…
Read MoreTanah Rezab Melayu di Kedah meningkat
ALOR SETAR 3 April – Kerajaan negeri menafikan berlaku penurunan keluasan Tanah Rezab Melayu di Kedah, seperti diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada minggu lalu. Menteri Besar, Muhamamd Sanusi Md Nor, sebaliknya berkata, keluasan Tanah Rezab Melayu ketika ini, menunjukkan peningkatan berbanding jumlah asal yang diwartakan sebelum negara mencapai kemerdekaan. Beliau menegaskan, keluasan asal Tanah Rezab Melayu di Kedah pada 1933 mengikut warta yang dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) adalah berjumlah 721,496.95 hektar. “Bermula dari tahun 1933 hingga 19 Januari 2023,…
Read More