Solat Jumaat dua sesi sempena cuti umum

SINGAPURA 1 April – Sebanyak 57 masjid akan menawarkan dua sesi solat Jumaat minggu depan berikutan jangkaan berlaku kesesakan jemaah pada hari cuti umum Good Friday, 7 April ini.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam kenyataan memberi jaminan masih terdapat ruang mencukupi untuk jemaah menunaikan solat pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, jemaah perlu membuat tempahan slot bagi sesi pertama solat Jumaat di 56 masjid manakala mereka yang mahu solat Jumaat di Masjid Al-Islah di Punggol perlu membuat tempahan slot bagi kedua-dua sesi solat.

MUIS menyatakan sekitar 150,000 jemaah dijangkakan menunaikan solat Jumaat pada cuti umum minggu depan dengan kira-kira 98,000 ruang tersedia dalam satu sesi solat di semua masjid.

Menurut, setiap masjid hanya mampu menampung sejumlah tetap jemaah, berdasarkan saiz dan had keselamatan.

“Jika tiada ruang, anda perlu tunggu sehingga sesi seterusnya. Jika anda ingin solat pada sesi pertama, kami akan membantu anda mendapatkan ruang. Tetapi jika tidak ingin berbuat demikian, boleh pilih mengerjakan solat pada sesi kedua,” kata MUIS.

Selain 57 masjid tersebut, 10 lagi masjid menawarkan hanya satu sesi solat Jumaat iaitu Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran), Masjid Omar Salmah, Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer), Masjid Jamek Queenstown! Masjid Moulana Mohd Ali.

Masjid Mujahidin! Masjid Al Abdul Razak! Masjid Darul Aman! Masjid Mydin dan Masjid Al-Huda.

(Foto fb MUIS)

Related posts

Leave a Comment