PUTRAJAYA 30 Mac – Hari-hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai pelbagai acara yang mungkin terakhir baginya sebagai pemimpin negeri selepas disahkan meletak jawatan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Sulaiman. Pada sebelah pagi, beliau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Roslan Ahmad. “Pertemuan ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsikan perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka,”…
Read MoreDay: March 29, 2023
Sulaiman letak jawatan KM Melaka
BENTONG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sekali gus menjawab spekulasi pertukaran tampuk kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka . Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau sudah bertemu Sulaiman semalam dan menyerahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam bagi memilih calon Ketua Menteri sesuai. “Saya ingin mengesahkan bahawa saya sudah pun menerima surat peletakan jawatan daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, Ketua Menteri Melaka. “Saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka untuk…
Read More850,000 dapat RM200 bantuan Aidilfitri
KUALA LUMPUR 29 Mac – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023 termasuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. Perdana Menteri berkata penambahan tersebut adalah bantuan terbesar yang pernah diberikan kerajaan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun kecil. “Memandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa, … saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri. “Maka saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil…
Read More995,396 kuota pekerja asing diluluskan
KUALA LUMPUR 29 Mac – Setakat 14 Mac lalu, sebanyak 995,396 kuota pekerja asing telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 84.7 peratus kuota pekerja asing sudah dibayar levi oleh pihak majikan dan tempoh sehingga 18 bulan diberikan bagi urusan membawa masuk pekerja asing ke Malaysia selepas pembayaran levi. “Pertimbangan ini diberikan bagi membantu pihak majikan untuk menguruskan kemasukan pekerja asing dalam tempoh yang mencukupi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab…
Read More7 Ramadhan..
Tanah Rizab Melayu merosot di Kedah, KL, Perak
KUALA LUMPUR 29 Mac – Semua negeri di Semenanjung mencatat peningkatan Tanah Rizab Melayu di antara 2021 dan 2022 kecuali Kedah, Kuala Lumpur dan Perak, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, Kedah mencatatkan penurunan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar, Kuala Lumpur 1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar dan Perak, 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar. Beliau berkata keluasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung meningkat sebanyak 0.67 peratus sepanjang tahun lalu. Menurut beliau lagi, sehingga Disember tahun lalu, keluasan pewartaan Tanah Rizab Melayu…
Read MoreBerita pilihan…
Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah
KUALA NERUS 29 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkuat kuasa serta-merta. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini malam tadi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata pembabitan kembali bekas Menteri Besar itu diharap dapat membantu membangunkan Ketengah sebagai hab pengeluaran makanan dan hab pelancongan di Terengganu. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya percaya…
Read MoreNLD pimpinan Suu Kyi bakal bubar
YANGON : Suruhanjaya pilihan raya yang dilantik junta Myanmar mengumumkan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi akan dibubarkan susulan kegagalan parti itu mendaftar semula. Menurut media tempatan, daripada 90 parti sedia ada, hanya 50 memohon untuk mendaftar semula di bawah undang-undang pilihan raya yang digubal tentera. Tentera mewajarkan rampasan kuasa Februari 2021 dengan mendakwa penipuan yang meluas dalam pilihan raya 2020 yang dimenangi NLD, menamatkan percubaan demokrasi selama 10 tahun dan menjerumuskan negara ke dalam kekacauan. Pada Januari, ia memberi tempoh dua bulan kepada parti politik…
Read More