Covid-19 menular sebagai selesema

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pandemik Covid-19 reda tahun ini dan hanya akan menular seperti selesema.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan dalam sidang medianya yakin akan menamatkan darurat pada tahun ini serta berharap fasa pandemik bagi virus itu akan berakhir.

“Saya berpendapat, kita nanti akan sampai satu tahap di mana melihat COVID-19 ini sebagai satu influenza yang bermusim,” kata Ryan.

Virus itu akan terus membunuh dan akan memberi ancaman kepada sektor kesihatan.

“Namun, saya percaya pada masa akan datang virus ini tidak lagi mengganggu masyarakat kita atau ganggu sistem hospital seperti yang disuarakan oleh Tedros sebelum ini,” katanya.

Hujung minggu lalu menandakan sudah tiga tahun WHO mengisytiharkan virus berkenaan sebagai pandemik walaupun Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan negara lain sepatutnya sudah mengambil tindakan membendung penularannya beberapa minggu sebelum itu.

Tedros sebelum ini memaklumkan, dunia kini berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik berbanding ketika wabak itu menular.

“Saya yakin pada tahun ini wabak Covid-19 akan berakhir sebagai kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa (PHEIC),” katanya.

Related posts

Leave a Comment