UK suntik lebih 20 juta penduduk

LEBIH daripada 20 juta penduduk di seluruh United Kingdom (UK) sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 800,000 orang menerima dos kedua, sehingga Ahad.

Menurut Perdana Menteri UK Boris Johnson, data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

Beliau menggesa lebih ramai akan tampil menerima suntikan vaksin berdasarkan giliran mereka.

Katanya setiap suntikan akan membawa kelainan dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

UK mencatatkan lebih 4 juta kes dan kematian Covid-19 tertinggi di Eropah, iaitu 122,849 kes.

Related posts

Leave a Comment