Sentuh telur India, Ka Siong terima surat saman

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Gara-gara membangkitkan isu telur import di Dewan Rakyat baru-baru ini Ahli Parlimen Ayer Hitam, Dr. Wee Ka Siong menerima surat saman daripada pengimport telur dari India. Ia susulan kenyataan yang dibuat ketika beliau mencelah pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat minggu lalu. Presiden MCA itu menarik perhatian Dewan Rakyat pada 22 Februari lalu apabila membawa tiga biji telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan. Beliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, D Mohamad…

Read More

Kerajaan Perpaduan perlu patuhi konsep demokrasi

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengingatkan Kerajaan Perpaduan bahawa konsep demokrasi yang betul adalah semua pihak menjadi rakyat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah, selepas pilihan raya. “Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, hasil bumi dikebas daripada semua negeri termasuklah negeri dan rakyat pembangkang, tetapi dalam urusan mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan,” katanya. Justeru kata Presiden Pas itu, melengahkan peruntukan di kawasan pilihan raya dan negeri di bawah pentadbiran pembangkang adalah perbuatan yang tidak tepat dengan prinsip Islam serta demokrasi. Tindakan itu tegasnya bukan…

Read More

Episod lompat parti kini ‘kukuhkan’ Sabah

EPISOD lompat parti berterusan di Sabah apabila seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan mengumumkan keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor. Semalam ADUN Petagas, Awang Ahmad Sah Sahari menjadi wakil rakyat Warisan keempat pada bulan ini mengambil keputusan meninggalkan parti yang diasaskan oleh bekas Ketua Menteri Shafie Apdal. Awal bulan ini, tiga ADUN Warisan meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan sebagai wakil Bebas yang menyokong Hajiji iaitu Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Chong Chen Bin (Tanjung Kapor). Mereka kemudiannya menyertai…

Read More

190 kes harian Covid-19, tiada kematian

PUTRAJAYA 28 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam merekodkan 190 kes termasuk dua kes import berbanding 207 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,042,585 Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,003,905 adalah kes tempatan dan 38,680 kes import manakala jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 9,219, bertambah 13 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,888 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.…

Read More

Tuan Ibrahim Tuan Man mohon maaf

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Selepas mendakwa titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan, Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) memohon maaf di Dewan Rakyat, berhubung dakwaan itu. Timbalan Presiden Pas itu berkata beliau memohon maaf sekiranya timbul kekhilafan terhadap dakwaannya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, minggu lalu. “Saya sudah memberi penjelasan berhubung kekhilafan berlaku dengan Speaker…saya fikir ini tidak perlu dipanjangkan kerana kita banyak isu penting. “Saya fikir sekiranya timbul kekhilafan, saya mohon maaf dan kita terus kepada agenda lebih penting untuk…

Read More