Catatan perjalanan terakhir isteri Dr Farid Ravi

PERJALANAN TERAKHIR “Yang Kekal Hanyalah Allah” إنا لله وإنا إليه راجعون TAKZIAH kepada Prof Madya Datuk Dr Farid Ravi Abdullah atas pemergian isteri tercinta, Datin Hajah Suziana Mohd Soyong, sekitar pukul 5.40 petang ini di Hospital Serdang. Semalam, Imam 1 Masjid Bandar Seri Putra (MBSP) Ustaz Najmi Yahya memaklumkan Hajah Suziana dalam keadaan kritikal di ICU Serdang. Selepas Isyak diadakan solat hajat. Petang ini, terima perkhabaran duka daripada Dr Farid Ravi, mantan Nazir MBSP. Solat jenazah yang mulanya dijadualkan selepas solat Isyak ditangguh sehingga 10 malam bagi menyelesaikan urusan di…

Read More

Desert Tiger Exercise 6/2023 berakhir

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 iaitu Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Al Hamra FIBUA City di Wilayah Barat UAE. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Turut hadir, Presiden UAE yang juga pemerintah tertinggi Angkatan Tentera UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Keberangkatan Seri…

Read More

Annuar sedia kembali ke gelanggang politik

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Annuar Musa kini bersedia untuk kembali ke gelanggang politik dengan menyertai mana-mana parti yang bersedia menerimanya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa. Bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu dipecat oleh UMNO pada Disember lalu, dan sejak itu beliau memberi perhatian kepada pertubuhan bukan politik Muafakat Nasional (MN). “Sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara. Tiba masanya kini, untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan…

Read More

Dua pemimpin Melaka intai Ketua Pemuda, Puteri

MELAKA 28 Feb. –  Dua pemimpin UMNO dari Melaka menawarkan diri untuk memimpin sayap parti – Pemuda dan Puteri pada pemilihan 11 Mac ini  manakala tiga lagi bertanding peringkat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijadualkan pada 18 Mac. Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau mengesahkan akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga ADUN Rim, Khaidirah Abu Zahar akan bertanding jawatan Ketua Puteri. Wakil Melaka bagi merebut jawatan MKT pula adalah ADUN Paya Rumput  Rais Yasin, ADUN Telok Mas Abd Razak…

Read More

Dr Halimah ‘mohon maaf’ isu Menu Rahmah

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, ‘memohon maaf’ dalam bentuk gurindam susulan kenyataannya berhubung Menu Rahmah yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat, pada 14 Februari lalu. Dr Halimah yang juga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN), itu membuat permohonan maaf, selepas menyatakan ucapannya itu disalah erti. Katanya: “Jikalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai semak imbang Kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki,” “Selaku wakil rakyat suara…

Read More

Mansuh AUKU seperti janji kempen PH

KUALA LUMPUR 27 Feb. –  Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menuntut kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Justeru, Angkatan Mahasiswa menggesa ahli-ahli Parlimen di blok kerajaan dan pembangkang bersama-sama dengan mahasiswa mahasiswi di Malaysia untuk terus menyoal dan menekan kerajaan bagi memansuhkan AUKU seperti dijanjikan. “Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) juga harus lebih tangkas dan cepat berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin mengenai perkara berkenaan,” kata kenyataan Angkatan Mahasiswa UM. Gesaan itu sebagai…

Read More

Zambry tarik diri Naib Presiden, pertahan MKT

KUALA LUMPUR 27 Feb. –  Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)  Dr. Zambry Abd Kadir menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan. Berikutan keputusan itu, beliau kini menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026. Dalam satu kenyataan malam tadi, Menteri Luar Negeri itu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya dalam kerajaan. “Banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga sekali gus…

Read More

Dua dilantik isi kekosongan jawatan

PUTRAJAYA 27 Feb. – Dr Zulkapli Mohamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) manakala Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican, sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MOF) berkuat kuasa hari ini. Pelantikan Zulkapli, 58, yang sudah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam adalah bagi mengisi kekosongan sejak Disember lalu. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata, Johan, 50, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan. Pelantikan Zulkapli dan Johan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Zulkapli berkelulusan Ijazah Sarjana…

Read More

Covid-19: Kes harian 207, tiada kematian baharu

PUTRAJAYA 27 Feb. –  Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam merekodkan 207 kes termasuk satu kes import berbanding 173 kes yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,042,395. Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,003,717 adalah kes tempatan dan 38,678 kes import manakala jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 9,206 berbanding 9,174 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,871 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.…

Read More