SFA tarik balik kacang tanah Chang Ling

SINGAPURA 26 Feb. –  Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport kacang tanah Chang Ling Peanut dari China menarik balik produk itu dari pasaran.

Dalam satu kenyataan media hari ini, SFA mengeluarkan arahan itu selepas mengesan asid siklamat dalam produk itu.

Siklamat adalah sejenis bahan makanan tambahan yang dibenarkan untuk digunakan sebagai pemanis tiruan dalam produk makanan tertentu di bawah Peraturan Makanan Singapura.

Bagaimanapun, menurut SFA, penggunaan siklamat dalam kacang tanah tidak dibenarkan.

Kenyataan itu menjelaskan walaupun tiada risiko kesihatan segera akibat memakan kacang tanah dalam jumlah bahan siklamat yang dikesan, pengambilan siklamat secara berlebihan dan berterusan harus dielakkan.

SFA menasihatkan pengguna yang berasa tidak sihat setelah memakan produk tersebut, supaya mendapatkan rawatan perubatan.

Related posts

Leave a Comment